Saturday, June 13, 2009

Doaku buatmu ibu...

Program selama 3 hari 2 malam yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah (tidak dinyatakan di sini..rahsia) dengan kerjasama Al-Faliheen Management bukan sahaja memberi kesan pada adik-adik yang menjadi peserta malah juga kepada para fasilitator@urusetia program tersebut termasuklah aku sendiri. Banyak benda yang ingin aku kongsikan di sini yang mana banyak mengajar aku erti pengorbanan,kasih sayang,kesabaran dan juga kekuatan dari segi fizikal dan mental. Walaupun aku datang lewat setengah hari untuk program kali ini,namun aku merasakan itu sudah mencukupi bagi melaluinya dengan rasa puas hati walaupun pada hakikatnya adat berprogram memang tak ada yang perfect,mesti ada kekurangannya. Dan jauh di sudut hati kecilku berdoa pada Illahi supaya memudahkan segala urusan kami dalam mentarbiyah adik-adik dan yang paling penting adik-adik peserta dapat mengambil intipati-intipati ilmu yang telah disampaikan melalui program tersebut serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Kepada adik-adik semua akak akan sentiasa doakan yang TERBAIK buat adik. Semoga ukhuwah kita akan berkekalan ila akhirilhayah ye dik!

Ukhuwah dan Kasih Sayang

Sebenarnya bila mana aku melalui waktu-waktuku di sana terasa akan keindahan erti persahabatan yang terbina atas kalimah LA ILAHA ILLALLAH..Seramai 5 orang uda,jibah,jihah,ateh termasuk aku yang menjadi fasilitator mat untuk program kali ini. Untuk fasilitator min pula ada 3 orang yang tetap,din,shahril dan hanif. Lupa pulak,safwan adik junior kiteorang pun ada jugak menawarkan pertolongan sekali..rajin betullah dia tu. Bagus,bagus..TERBAIK setakat ni! Macam-macam yang kami lalui bersama dan dalam waktu-waktu yang sibuk di sana sempat lagi kami melakarkan kenangan manis sebagai tanda ukhuwah yang utuh.Uda,merangkap Ketua Komander Mat, yang tak sudah-sudah dengan lawaknya dan gelagatnya yang sempoi menarik hati adik-adik untuk mudah mendekatinya. Kami yang dah bertahun-tahun dengan dia lagilah,penat melayan telatah uda ni. Tambah-tambah tengok gelagat dia yang selalu bertegang urat dengan Ketua Komander Min kiteorang yang sangat disukai adik-adik peserta walaupun pada luarannya sangat la garang...hehe(gurau je). Tengok ateh pulak lagilah,tak pernah-pernah aku tegok gadis manja sorang ni naik angin sepanjang hidup aku,tiba-tiba time program ni...MasyaAllah,garangnye cik adik yang sorang ni. Ni baru aku yang tak kene yang cerita,adik-adik yang kene marah tu? Tak tahu nak cakap ape dah...no komen la ye. Time program tu jela,kalau dengan aku,manja la sangat. Dia garang-garang pun bersebab,yelah takkan semua fasi nak berlembut je,perlu jugak ada yang tegas. Dan fasi yang lain kene ambil peranan untuk counter balik bagi coolkan keadaan. Itulah keje aku sebab aku tak boleh nak harap sangat bab-bab nak marah ni..ateh dengan uda lah yang take over the job. Ape-ape pun,memang TERBAIK!..Masuk pulak si kembar ni...jibah & jihah merangkap kembar aku jugak..adik-adik ni katalah. Masa 1st time aku masuk ldk adik-adik ni,rasa geli hati sangat-sangat bila adik-adik ni kata aku kembar diorang. Rupa samalah konon. Masalahnya,adik-adik ini bukan yang pertama cakap macam ni,sebelum-sebelum ni pun dah ramai orang kata macam tu termasuklah adik-beradik si kembar tu sekali..Entahlah aku pun tak tahu tang mana yang sama sangat,tapi memang diakui kami 3 orang rapat sangat sampai boleh katekan family dia tu macam family aku jugaklah..Yang tak boleh tahan tu,telatah nakal diorang yang suka menyakat adik-adik dengan rupa mereka yang sama sangatlah mencuit hati,bukan setakat kami je,sekali dengan ustaz-ustaz sekali. Kesian adik-adik ni,confius je bila disuruh meneka mana satu najibah mana satu najihah..hmm,tu lah kalau ikutkan banyak lagi yang nak diceritakan untuk menggambarkan manisnya berukhuwah kerana Ya Rabb. Bukan setakat kegembiraan yang kami kongsikan bersama malahan segala masalah kami dikongsi bagi meringankan bebanan dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Pengorbanan dan Kesabaran

“Ya Allah,aku memohon padaMu Ya Rabb,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu yang hambaMu lakukan, masukkanlah ibuku ke dalam syurgaMu Ya Allah,kerna sesungguhnya dia telah memberi keizinan kepadaku untuk membantu agamaMu walaupun jauh di sudut hatinya rasa keberatan untuk melepaskanku...amin Ya Rabbal’alamin..”



Berat rasa hati apabila disuruh untuk memilih antara keluarga dan membuat kerja-kerja Islam. Beberapa hari sebelum aku pergi ke program tersebut,aku mendapat tahu bahawa ibuku ingin pulang ke kampong dan mengajakku menemaninya. Atas sebab itu aku terpaksa akur dan menyebabkan aku tidak dapat datang awal ke program tersebut. Aku agak terkilan sebab tidak dapat datang awal tapi apakan dayaku,aku terpaksa menjaga hati ibuku. Akan tetapi semasa dalam perjalanan pulang dari kampong,aku sekali lagi memberitahu akan hajatku untuk menjadi fasi di suatu program. Ketika itu,aku dapat merasakan bahawa ibuku seakan-akan mencari alasan supaya aku membatalkan niat untuk ke program itu. Berbagai-bagai alasan yang diberikan,termasuklah mengatakan yang aku lebihkan program dan kawan-kawan daripada family sendiri,aku mementingkan diri sendiri,tidak reti nak gunakan masa yang ada bersama keluarga. Aku begitu terpukul apabila ibuku menganggap diriku sebegitu. Bukan niatku untuk melebihkan semua itu akan tetapi aku mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Aku tak pernah salahkan ibuku kerana mungkin dia tak mengerti akan semua yang kulakukan. Dia hanya merisaukan diriku dan memerlukan aku sebagai seorang anak. Dan mungkin juga salahku sendiri yang tidak mampu menjaga dan mengambil hatinya serta membuatnya faham akan semua yang kulakukan ini ada matlamatnya. “Maafkan orang ma...”itu yang mampu aku ungkapkan.


Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dikurniakan ibu seperti beliau sebab banyak membantuku dalam melakukan kerja-kerja Islam. Biarpun jauh di sudut hati seorang ibu sukar untuk melepaskan anaknya di saat-saat dia memerlukannya. Aku cuma mampu berdoa supaya ibuku memaafkanku semula dan semoga Allah membuka hatinya dalam memahami tanggungjawabku. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dalam membantu agamaNYA..Amin


~ Sabiluna jihad, Innallahama'ana~