Tuesday, March 9, 2010

Permulaan 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Subhanalla
h...Maha suci Allah. Aku mulakan lembaran baru dengan penuh kesyukuran.Lama rasanya aku menyepikan diri dalam tinta penulisan ini. Rasa rindu pun ada. Tapi apakan daya,bukan hati tak nak akan tetapi menantikan waktu yang sesuai untuk mencoretkan sesuatu yang dapat dikongsikan supaya boleh diambil iktibar darinya...bi iznillah.


"Cuti menguji ISTIQAMAH ku dari semua segi"



Setelah 9 hari bertapa kat rumah ni,banyak bende yang makin hari,makin pudar keistiqamahannya..terutamanya taklifat ibadahku. Bagaimanakah yang dikatakan aku sanggup membantu agama Allah sedangkan jiwaku tidak kuat untuk melawan bisikan syaitan? Adakah aku layak untuk menjadi seorang pejuang seperti Rabiatul Adawiyah yang tidak pernah melupakan Allah s.w.t? Suatu masa dulu diri ini teringin mencontohi Muhammad Al-fateh yang mana beliau mempunyai jiwa yang suci serta dekat dengan Allah. Beliau dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Dan the most important thing is ibadah dan pergantungan yang kuat pada Ya Rabbul 'izzati. Jauh sekali keunggulan peribadi beliau berbanding dengan diriku ini. Mungkin semuanya berpunca dari diri yang sangat lemah ini. Ikatan yang tidak kuat dengan Yang Maha esa membuatkan segala-galanya lemah. Semakin rasa nak mendekatiNYA,semakin banyak halangan di depan mata..Ya Rabb, kuatkanlah hatiku ini agar tidak mudah goyah untuk menghadapi ujianMU serta berilah kesempatanku untuk merasai manisnya CINTAMU...

"Alhamdulillah,Allah masih sayangkan hambaNYA"


Setiap hamba Allah di muka bumi ni akan mendapat ujian yang berbeza-beza mengikut kemampuan mereka dan sesungguhnya telah tersedia semuanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan Allah.

Semalam baru balik dari UIA jumpa along tersayang. Pada mulanya niat nak lawat-lawat je dan release tension. Tapi malam itu, menjadikan terasa emosiku terusik sedikit ekoran cerita yang along kabarkan padaku malam tu. Kalau ikutkan hati, memang tak nak langsung dah dengar cite pasal ni,tapi apabila ianya melibatkan adik-beradik kami yang lain, aku jadi out of control sikit. Cuba untuk menenangkan diri dan mendengar segala luahan hati along serta berita yang dikabarkan. Terasa sakit dada dan ingin saja berhadapan dengan dengannya malam itu. Namun begitu, syukur alhamdulillah,Allah still bagi kekuatan dan kesabaran supaya banyyakkan berlapang dada dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Banyak yang perlu disiap sediakan bagi berhadapan dengan orang seperti itu. Along turut menyarankan aku supaya bersabar dan memikirkan resolusi bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Aku akur.

Memang benar, kami tak boleh terus berhadapan
dengan fakta-fakta kosong. Segala hujah berpandukan dalil-dalil naqli dan 'aqli perlu ada bagi menjawab segala persoalannya nanti. Ini bukan soal benda yang remeh-temeh. Ini soal pegangan dalam gerakan. Bukan niat untuk bergaduh atau bermusuh-musuhan, cuma ingin menjelaskan serta mempertahankan apa yang benar. Selebihnya terpulang pada empunya diri untuk menerima atau tidak. Dan yang penting tidak mempengaruhi orang lain atas tindakan yang dibuat.

Pernah terdetik suatu ketika yang mana aku merasakan beruntung kerana masih berada bersama-sama rakan seperjuangan. Terasa bersyukur kerana masih dapat menikmati kasih sayang yang Allah limpahkan kepada hamba-hambanya. Dan terasa tersangatlah rugi seandainya aku tercam
pak jauh dari golongan-golongan yang mendapat rahmat kasih sayangNYA. Oleh itu, aku cuba untuk berlapang dada pada orang-orang yang mana, Allah timpakannya ujian yang bagiku sangat berat dan tidak terpikul rasanya jika aku diletakkan pada tempatnya. Orang-orang yang sangat kucintai ini yang mana pada mulanya bersama-sama kami,namun akhirnya mereka tidak tahu mana hala tujuannya setelah Allah timpakan ujian pada mereka. Mungkin sebab itulah Allah tidak menimpakan ujian sebegitu padaku...Benarlah firman Allah s.w.t,

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..."


"KurniaanMU padaku tidak terkira"







Banyak rasanya tanggungjawab yang tak terlaksana sepanjang memegang taklifat yang diberikan. Adakah segala ya
ng dikerjakan sebelum ini akan diterima oleh Allah? Harapanku agar Allah menilainya walaupun sedikit. Namun begitu,tipulah seandainya aku katakan aku langsung tak berasa lega dan ringan sedikit. Syukur atas kurniaan Illahi atas segala pemberianNYA. Segala pengalaman yang ku dapat ketika itu akan ku manfaatkannya suatu hari nanti apabila tiba saatnya. Dan hari-hari yang mendatang akan ku nantikan dengan sabar dan akan ku persiapkan diri bagi perjuangan yang bakal kulalui selepas ini...

Satu lagi perasaan yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata yang mana hatiku digamit perasaan rindu pada ab2 yang tersayang. Kadang-kadang teringat akan kenangan bersama yang hanya dapat sempat dirakam dalam kepala. Namun ianya tetap subur setiap kali doa kukirimkan buat mereka. Bagiku ini bukanlah titik pengakhirannya kerana perjalanan perjuangan kita masih jauh dan i'allah Allah akan tautkan hati-hati kita walau di mana pun kita berada. Cuma di kesempatan ini, walaupun tidak ada yang akan membaca coretanku ini, ingin juga ku luahkan apa yang terbuku di hati...


Terima kasih Tuhan atas cinta ini...
Terima kasih Tuhan atas rasa ini...
Terima kasih Tuhan atas rindu ini...

Terima kasih Tuhan kerana memberikan kasihnya untukku...

Terima kasih Tuhan membibitkan sayangku padanya...

Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu...

Syukurku atas ukhuwah yang terjalin antara kami.

Semoga Allah merahmati ukhuwah ini...

Sahabat, semoga antum semua thabat dalam perjuangan dan teruskanlah meniti jalan-jalan menuju keredhaan Illahi dengan sabar dan bersungguh-sungguh walaupun beribu-ribu liku dan halangan yang bakal ditempuhi nanti. Jutaan kemaafan yang ku pinta seandainya diri ini pernah menyakiti, tidak menunaikan hak2 antum dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Doakan ana sentiasa thabat bersama-sama antum dalam jalan dakwah ini...Amin



1 comment:

  1. Salam'alaik, alang dear=)
    Allahumma Ya muqallibal qulub thabbit qulubana 'ala dinik wa'ala thoa'atik~
    InsyaALLAH...
    semoga Allah memeberi ilham jalan keluar kepada kita semua atas ujian & permasalahan ini dear~

    ReplyDelete