Tuesday, March 9, 2010

Permulaan 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Subhanalla
h...Maha suci Allah. Aku mulakan lembaran baru dengan penuh kesyukuran.Lama rasanya aku menyepikan diri dalam tinta penulisan ini. Rasa rindu pun ada. Tapi apakan daya,bukan hati tak nak akan tetapi menantikan waktu yang sesuai untuk mencoretkan sesuatu yang dapat dikongsikan supaya boleh diambil iktibar darinya...bi iznillah.


"Cuti menguji ISTIQAMAH ku dari semua segi"



Setelah 9 hari bertapa kat rumah ni,banyak bende yang makin hari,makin pudar keistiqamahannya..terutamanya taklifat ibadahku. Bagaimanakah yang dikatakan aku sanggup membantu agama Allah sedangkan jiwaku tidak kuat untuk melawan bisikan syaitan? Adakah aku layak untuk menjadi seorang pejuang seperti Rabiatul Adawiyah yang tidak pernah melupakan Allah s.w.t? Suatu masa dulu diri ini teringin mencontohi Muhammad Al-fateh yang mana beliau mempunyai jiwa yang suci serta dekat dengan Allah. Beliau dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Dan the most important thing is ibadah dan pergantungan yang kuat pada Ya Rabbul 'izzati. Jauh sekali keunggulan peribadi beliau berbanding dengan diriku ini. Mungkin semuanya berpunca dari diri yang sangat lemah ini. Ikatan yang tidak kuat dengan Yang Maha esa membuatkan segala-galanya lemah. Semakin rasa nak mendekatiNYA,semakin banyak halangan di depan mata..Ya Rabb, kuatkanlah hatiku ini agar tidak mudah goyah untuk menghadapi ujianMU serta berilah kesempatanku untuk merasai manisnya CINTAMU...

"Alhamdulillah,Allah masih sayangkan hambaNYA"


Setiap hamba Allah di muka bumi ni akan mendapat ujian yang berbeza-beza mengikut kemampuan mereka dan sesungguhnya telah tersedia semuanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan Allah.

Semalam baru balik dari UIA jumpa along tersayang. Pada mulanya niat nak lawat-lawat je dan release tension. Tapi malam itu, menjadikan terasa emosiku terusik sedikit ekoran cerita yang along kabarkan padaku malam tu. Kalau ikutkan hati, memang tak nak langsung dah dengar cite pasal ni,tapi apabila ianya melibatkan adik-beradik kami yang lain, aku jadi out of control sikit. Cuba untuk menenangkan diri dan mendengar segala luahan hati along serta berita yang dikabarkan. Terasa sakit dada dan ingin saja berhadapan dengan dengannya malam itu. Namun begitu, syukur alhamdulillah,Allah still bagi kekuatan dan kesabaran supaya banyyakkan berlapang dada dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Banyak yang perlu disiap sediakan bagi berhadapan dengan orang seperti itu. Along turut menyarankan aku supaya bersabar dan memikirkan resolusi bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Aku akur.

Memang benar, kami tak boleh terus berhadapan
dengan fakta-fakta kosong. Segala hujah berpandukan dalil-dalil naqli dan 'aqli perlu ada bagi menjawab segala persoalannya nanti. Ini bukan soal benda yang remeh-temeh. Ini soal pegangan dalam gerakan. Bukan niat untuk bergaduh atau bermusuh-musuhan, cuma ingin menjelaskan serta mempertahankan apa yang benar. Selebihnya terpulang pada empunya diri untuk menerima atau tidak. Dan yang penting tidak mempengaruhi orang lain atas tindakan yang dibuat.

Pernah terdetik suatu ketika yang mana aku merasakan beruntung kerana masih berada bersama-sama rakan seperjuangan. Terasa bersyukur kerana masih dapat menikmati kasih sayang yang Allah limpahkan kepada hamba-hambanya. Dan terasa tersangatlah rugi seandainya aku tercam
pak jauh dari golongan-golongan yang mendapat rahmat kasih sayangNYA. Oleh itu, aku cuba untuk berlapang dada pada orang-orang yang mana, Allah timpakannya ujian yang bagiku sangat berat dan tidak terpikul rasanya jika aku diletakkan pada tempatnya. Orang-orang yang sangat kucintai ini yang mana pada mulanya bersama-sama kami,namun akhirnya mereka tidak tahu mana hala tujuannya setelah Allah timpakan ujian pada mereka. Mungkin sebab itulah Allah tidak menimpakan ujian sebegitu padaku...Benarlah firman Allah s.w.t,

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..."


"KurniaanMU padaku tidak terkira"







Banyak rasanya tanggungjawab yang tak terlaksana sepanjang memegang taklifat yang diberikan. Adakah segala ya
ng dikerjakan sebelum ini akan diterima oleh Allah? Harapanku agar Allah menilainya walaupun sedikit. Namun begitu,tipulah seandainya aku katakan aku langsung tak berasa lega dan ringan sedikit. Syukur atas kurniaan Illahi atas segala pemberianNYA. Segala pengalaman yang ku dapat ketika itu akan ku manfaatkannya suatu hari nanti apabila tiba saatnya. Dan hari-hari yang mendatang akan ku nantikan dengan sabar dan akan ku persiapkan diri bagi perjuangan yang bakal kulalui selepas ini...

Satu lagi perasaan yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata yang mana hatiku digamit perasaan rindu pada ab2 yang tersayang. Kadang-kadang teringat akan kenangan bersama yang hanya dapat sempat dirakam dalam kepala. Namun ianya tetap subur setiap kali doa kukirimkan buat mereka. Bagiku ini bukanlah titik pengakhirannya kerana perjalanan perjuangan kita masih jauh dan i'allah Allah akan tautkan hati-hati kita walau di mana pun kita berada. Cuma di kesempatan ini, walaupun tidak ada yang akan membaca coretanku ini, ingin juga ku luahkan apa yang terbuku di hati...


Terima kasih Tuhan atas cinta ini...
Terima kasih Tuhan atas rasa ini...
Terima kasih Tuhan atas rindu ini...

Terima kasih Tuhan kerana memberikan kasihnya untukku...

Terima kasih Tuhan membibitkan sayangku padanya...

Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu...

Syukurku atas ukhuwah yang terjalin antara kami.

Semoga Allah merahmati ukhuwah ini...

Sahabat, semoga antum semua thabat dalam perjuangan dan teruskanlah meniti jalan-jalan menuju keredhaan Illahi dengan sabar dan bersungguh-sungguh walaupun beribu-ribu liku dan halangan yang bakal ditempuhi nanti. Jutaan kemaafan yang ku pinta seandainya diri ini pernah menyakiti, tidak menunaikan hak2 antum dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Doakan ana sentiasa thabat bersama-sama antum dalam jalan dakwah ini...Amin



Tuesday, October 13, 2009

Lembaran Hidup Wanita Solehah



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukaruntuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...





Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itula wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solahah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...


Doaku padaMu Ya Allah,tunjukilah jalan ke arah redhaMu dan SyurgaMu...


~Sabiluna jihad, Innallaha ma'ana~

Macam-macam cerita

Lagi beberapa hari je aku nak mulakan semester yang baru yang merupakan jugak semester last aku di UIA PJ. Banyak sangat rasanya perkara yang belum disetelkan. Belum sempat satu-satu perkara selesai,datang pulak satu perkara lagi. Penat rasanya nak kena berfikir ni...Macam nak gugur semua rambut bila memikirkan tentang satu-satu perkara ni.Pernah jugak terfikir kenapa aku yang diletakkan di 'tempat' yang sebegini?Layakkah aku?Dari segi teorinya memang dapat menerima semua ni,tapi dari segi logiknya aku kadang-kadang macam tak dapat nak terima semua ni. Tapi,takpe Allah knows the best... Tak nak mempersoalkan benda-benda ni sebenarnye. Tapi bila dalam keadaan dan situasi sebegini yang membuatkan aku terfikir lagi.




Macamana,bagaimana and how?dari dulu lagi aku mencari-cari apakah strategi dan cara yang sesuai bagi aku untuk menguruskan masa yang sangat tak terurus? Bila kita dah rancang macam ni,macam tu plak yang jadi...pening-pening...Betullah apa yang Allah kata, 'wamakaru wamakarallah wallahu khoirulmakiriin..' Tapi, macamana sekalipun aku kena terus mencari cara yang terbaik untuk aku atur strategi aku untuk sem depan yang mana memang cukup mencabar fizikal and mental.Kena selalu kuat semamngat. Tak boleh sakit-sakit ni...

Nak rancang macammana nak bahagi masa utk akademik dan utk ........ Dari segi pentarbiyahan diri kene lbh syadid tentang ni. Dari segi adk2,kwn-kwn org yang dekat ngan aku...semua kena ade perancangan yang baik. Senang cter kena ade azam yang barulah naik sem ni.

Ha,buat-buat lupe plak aku ni,21 hb ni ade muet,tak taw lah setakat mane persediaan aku.Never mind,I'll try my best nti...Skg ni duk umah,mmg jadi suri rumah sementara la.Taklifat nak habiskan 2 buku ni pun tak terhabis-habis lagi...

Bila teringat pasal adik beradik assof aku ni,rasa sedih sgt2...Banyak ujian yang diberikan pada mereka yang terpilih. Aku tahu yang kalau kte diberikan satu2 ujian tu tanda Allah sygkan kite,tapi aku rasa nak je berkongsi ujian tu bersama mereka...namun begitu,aku dan shbt2 lain akan cuba membantumu wahai sahabatku...





Kalau adik beradik kt xkmm plak kadang-kadang x kering gusi aku dibuatnye...seronok melihat ukhuwah kami keranaMu Ya Allah...macam-macam ragam di perlihatkan...Tak lama lg ade ijtima' raya,harap dapatlah bersama-sama mereka nti...

Kalau adk beradik uia xnk cter pape kt cni...biarlah semuanya di hati...

da macam-macam cter keluar...rse cam nk stop dl...sekadar nak berkongsi je ni.Maaflah sbb mcm agak merepek sket...


~Sabiluna jihad, Innallaha ma'ana~

Tokoh Ilmuan Haraki Yang Bersifat Murabbi

Tokoh ilmuan haraki yang baru diselami kisahnya menjadikan hati terasa ingin menjejaki langkah-langkah perjuangannnya.Dr. Abdullah Nasih Ulwan nama yang seringkali kita dengarkan kerana ketokohan beliau dalam mengabdikan seluruh hidupnya untuk kerja-kerja Islam tanpa menghiraukan bahaya yang menanti.Ingin dikongsikan di sini serba sedikit riwayat hidup dan kisah perjuangan beliau yang dipetik dari buku 'Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden'. Sama-samalah kita ambil iktibar...


Tokoh kelahiran Syria ini bukan sahaja mampu mengajar orang ramai untuk mengenali serta menghayati Islam dengan baik,malah mendidik manusia dengan melentur dan mencairkan mereka untuk menjadi Muslim yang sebenar di sisi Allah s.w.t.




"Ketika kaum Muslimin termasuk para ulama dan daie yang menyeru keesaan Allah terlepas dari kecenderungan kecintaan terhadap dunia dan berlebih-lebihan dalam bersenang-senang dalam kelazatan dan kesenangan, mereka pun menjadi pembimbing manusia, memperbaiki masyarakat dan berusaha menegakkan hukum Allah di muka bumi sebagai cita-cita yang paling besar"

(Dr. Abdullah Nasih Ulwan)



Riwayat Hidup dan Pendidikan


Dr. Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan di Hay Qadi Askar di bandar Halb pada 1928M/1346H dalam sebuah keluarga yang amat kuat berpegang kepada ajarn agama Islam. Beliau mendapat pendidikan awal di tangan ayahandanya yang merupakan insan yang soleh, iaitu Syeikh Sa'id Ulwan,yang mana menjadi tempat rujukan orang-orang sekitar bandar Halb,bangi mendapatkan rawatan penyakit secara perubatan Islam dengan menggunakan segala sumber alam semula jadi.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat rendah dan menengah di daerah al-Khosuriah pada 1943.Dr. Abdullah sangat terkesan dengan cara penyampaian gurunya iaitu Sheikh Roghib at-Tobbakh yang begitu mengambil berat akan kesediaan beliau yang menampakkan kesungguhan untuk menimba ilmu. pada tahun 1949, setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah,ayahandanya menggalakkan Dr. Abdullah menyambung pelajarannya di Fakulti Syariah di Universiti Al-Azhar,Mesir,namun begitu beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang Usuluddin dan selepas itu beliau menyambung peringkat sarjana dan pada tahun 1952,beliau berjaya memperoleh ijazah.


Penglibatan Dalam Gerakan Pelajar dan Ikhwan Muslimin


Dr. Abdullah aktif denagn kegiatan pelajar ketika di universiti.Seringkali beliau dan rakan-rakan mengundang para penceramah khususnya dalam kalangan pendakwah yang menyertai Gerakan Ikhwan Muslimin untuk memberi tarbiyah rohani,pemikiran dan persediaan untuk menjadi petugas-petugas Islam. Gerakan pentarbiyahan ini telah melahirkan generasi terpelajar yang mengimpikan penegakan Syariah Islam secara syumul dan kelompok ini semakin membesar jumlahnya serta diintai teliti oleh pihak berkuasa Mesir.

Pada tahun 1954,bermulalah siri penangkapan terhadap seteru-seteru Presiden Abdel Naseer yang berkuasa waktu itu,disebabkan takut diapa-apakan oleh pihak lain dan berasa terancam. Seteru yang dimaksudkan adalah Ikhwan Muslimin dan penangkapan itu termasuklah Dr. Abdullah yang masih belajar peringkat doktor falsafah ketika itu. Golongan muda ini telah diseret beramai-ramai ke penjara untuk membandung pengaruh Ikhwan Muslimin yang semakin berkembang dan dirasakan sebagai pesaing oleh pihak pemerintah.

Dr. Abbullah tidak sempat menyelesaikan tesisnya termasuklah pengajian peringkat Ph.D kerana telah dihantar pulang ke negara asalnya oleh kerajaan Mesir. Namun begitu,beliau sempat menghabiskannya di Universiti as-Sind,Pakistan dengan tajuk tesis Fiqh Dakwah dan Pendakwah Pada 80-an
Ketika di Mesir,beliau berkesempatan menyertai Gerakan Ikhwan Muslimin yang banyak mengajar menjadi insan yang berani untuk menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim dan di situlah juga beliau belajar cara mengurus dan mengendalikan tanzim Jamaah Islam yang dijadikan bekalan dan pengalaman berguna untuk meneruskannya si Syria.


Kerjaya Sebagai Pendidik dan Pendakwah


Setelah dihantar pulang,beliau berkhidmat sebagai guru bagi subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah di Halb pada 1954,kerana ketika itu pengajian seperti Syariah dan usuluddin belum diwujudkan.Masyarakat Syria pada waktu itu di peringkat lapisannya,berpegang pada fahaman Atheisme ataupun kebangsaan yang amat kuat sekali,dari satu sudut agak sukar untuk ditangani,namun pengalaman yang diperoleh semasa di Mesir bersama rakan-rakan dan Ikhwan Muslimin,beliau berjaya melentur dan mencairkan pemikiran dan fahaman yang songsang kepada pemikiran yang Islam yang tulen.

Pendekatan yang digunakandalam menyampaikan subjek 'Tarbiyah Islam' amat berkesan pada jiwa anak-anak muda di Syria. Ekoran dari itu,beliau terfikir untuk menghasilkan sebuah rujukan mengenai pendidikan Islam iaitu 'Tarbiyatul Aulad Fi al-Islam' yang telahpun di terjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu.

Abdullah Nasih Ulwan menghasilkan monumental ini bagi mengisi perpustakaan Islam dengan tulisan-tulisan yang berkaitan sengan pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang sangat jarang dibahaskan dengan terperinci sedangkan Islam telah menggariskan dengan lengkap tentang pembinaan anak-anak mengikut acuan yang sempurna.

Sesungguhnya seluruh hidup Dr. Abdullah dihabiskan untuk mendaulatkan Islam, sama ada dengan mengajar, mendidik golongan remaja, menulis karya-karya agung,memberi ceramah motivasi malah menurut rakan-rakannya beliau tidak pernah menghampakan masyarakat untuk berdakwah kerana bidang ini telah dijadikan sebahagian daripada darah dagingnya.


Pemergiannya bertemu Yang esa


Kuasa Allah menetukan segala-galanya pada 5 Muharram 1408 bersamaan 29 Ogos 1987, Dr. Abdullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Raja Abdul Aziz setelah mengalami sakit kronik dalam darh selama 3 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Masjid al-Haram yang disertai ratusan ulama',pendakwah,rakan-rakan dan golongan remaja.

~Sabiluna jihad,Innallaha ma'ana~

Monday, October 12, 2009

Singgah jap...

Hurm...lame betul tak singgah lamanku ni.Siap ade orang bising dah sebab lame tak update blog ni. Tapi jangan risau ye,kalau ade kesemptan ter'update'lah blog ni,tp kalu tak,tunggu jelah masenye...Banyak bende nak dikongsikan sebenarnye,tapi tak dapat nak luahakn semuanya kat sini disebabkan beberapa faktor.But never mind,just wait for the next post yup!see ya!


~Sabiluna jihad, Innallahaha ma'ana~

Saturday, June 13, 2009

Doaku buatmu ibu...

Program selama 3 hari 2 malam yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah (tidak dinyatakan di sini..rahsia) dengan kerjasama Al-Faliheen Management bukan sahaja memberi kesan pada adik-adik yang menjadi peserta malah juga kepada para fasilitator@urusetia program tersebut termasuklah aku sendiri. Banyak benda yang ingin aku kongsikan di sini yang mana banyak mengajar aku erti pengorbanan,kasih sayang,kesabaran dan juga kekuatan dari segi fizikal dan mental. Walaupun aku datang lewat setengah hari untuk program kali ini,namun aku merasakan itu sudah mencukupi bagi melaluinya dengan rasa puas hati walaupun pada hakikatnya adat berprogram memang tak ada yang perfect,mesti ada kekurangannya. Dan jauh di sudut hati kecilku berdoa pada Illahi supaya memudahkan segala urusan kami dalam mentarbiyah adik-adik dan yang paling penting adik-adik peserta dapat mengambil intipati-intipati ilmu yang telah disampaikan melalui program tersebut serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Kepada adik-adik semua akak akan sentiasa doakan yang TERBAIK buat adik. Semoga ukhuwah kita akan berkekalan ila akhirilhayah ye dik!

Ukhuwah dan Kasih Sayang

Sebenarnya bila mana aku melalui waktu-waktuku di sana terasa akan keindahan erti persahabatan yang terbina atas kalimah LA ILAHA ILLALLAH..Seramai 5 orang uda,jibah,jihah,ateh termasuk aku yang menjadi fasilitator mat untuk program kali ini. Untuk fasilitator min pula ada 3 orang yang tetap,din,shahril dan hanif. Lupa pulak,safwan adik junior kiteorang pun ada jugak menawarkan pertolongan sekali..rajin betullah dia tu. Bagus,bagus..TERBAIK setakat ni! Macam-macam yang kami lalui bersama dan dalam waktu-waktu yang sibuk di sana sempat lagi kami melakarkan kenangan manis sebagai tanda ukhuwah yang utuh.Uda,merangkap Ketua Komander Mat, yang tak sudah-sudah dengan lawaknya dan gelagatnya yang sempoi menarik hati adik-adik untuk mudah mendekatinya. Kami yang dah bertahun-tahun dengan dia lagilah,penat melayan telatah uda ni. Tambah-tambah tengok gelagat dia yang selalu bertegang urat dengan Ketua Komander Min kiteorang yang sangat disukai adik-adik peserta walaupun pada luarannya sangat la garang...hehe(gurau je). Tengok ateh pulak lagilah,tak pernah-pernah aku tegok gadis manja sorang ni naik angin sepanjang hidup aku,tiba-tiba time program ni...MasyaAllah,garangnye cik adik yang sorang ni. Ni baru aku yang tak kene yang cerita,adik-adik yang kene marah tu? Tak tahu nak cakap ape dah...no komen la ye. Time program tu jela,kalau dengan aku,manja la sangat. Dia garang-garang pun bersebab,yelah takkan semua fasi nak berlembut je,perlu jugak ada yang tegas. Dan fasi yang lain kene ambil peranan untuk counter balik bagi coolkan keadaan. Itulah keje aku sebab aku tak boleh nak harap sangat bab-bab nak marah ni..ateh dengan uda lah yang take over the job. Ape-ape pun,memang TERBAIK!..Masuk pulak si kembar ni...jibah & jihah merangkap kembar aku jugak..adik-adik ni katalah. Masa 1st time aku masuk ldk adik-adik ni,rasa geli hati sangat-sangat bila adik-adik ni kata aku kembar diorang. Rupa samalah konon. Masalahnya,adik-adik ini bukan yang pertama cakap macam ni,sebelum-sebelum ni pun dah ramai orang kata macam tu termasuklah adik-beradik si kembar tu sekali..Entahlah aku pun tak tahu tang mana yang sama sangat,tapi memang diakui kami 3 orang rapat sangat sampai boleh katekan family dia tu macam family aku jugaklah..Yang tak boleh tahan tu,telatah nakal diorang yang suka menyakat adik-adik dengan rupa mereka yang sama sangatlah mencuit hati,bukan setakat kami je,sekali dengan ustaz-ustaz sekali. Kesian adik-adik ni,confius je bila disuruh meneka mana satu najibah mana satu najihah..hmm,tu lah kalau ikutkan banyak lagi yang nak diceritakan untuk menggambarkan manisnya berukhuwah kerana Ya Rabb. Bukan setakat kegembiraan yang kami kongsikan bersama malahan segala masalah kami dikongsi bagi meringankan bebanan dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Pengorbanan dan Kesabaran

“Ya Allah,aku memohon padaMu Ya Rabb,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu yang hambaMu lakukan, masukkanlah ibuku ke dalam syurgaMu Ya Allah,kerna sesungguhnya dia telah memberi keizinan kepadaku untuk membantu agamaMu walaupun jauh di sudut hatinya rasa keberatan untuk melepaskanku...amin Ya Rabbal’alamin..”



Berat rasa hati apabila disuruh untuk memilih antara keluarga dan membuat kerja-kerja Islam. Beberapa hari sebelum aku pergi ke program tersebut,aku mendapat tahu bahawa ibuku ingin pulang ke kampong dan mengajakku menemaninya. Atas sebab itu aku terpaksa akur dan menyebabkan aku tidak dapat datang awal ke program tersebut. Aku agak terkilan sebab tidak dapat datang awal tapi apakan dayaku,aku terpaksa menjaga hati ibuku. Akan tetapi semasa dalam perjalanan pulang dari kampong,aku sekali lagi memberitahu akan hajatku untuk menjadi fasi di suatu program. Ketika itu,aku dapat merasakan bahawa ibuku seakan-akan mencari alasan supaya aku membatalkan niat untuk ke program itu. Berbagai-bagai alasan yang diberikan,termasuklah mengatakan yang aku lebihkan program dan kawan-kawan daripada family sendiri,aku mementingkan diri sendiri,tidak reti nak gunakan masa yang ada bersama keluarga. Aku begitu terpukul apabila ibuku menganggap diriku sebegitu. Bukan niatku untuk melebihkan semua itu akan tetapi aku mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Aku tak pernah salahkan ibuku kerana mungkin dia tak mengerti akan semua yang kulakukan. Dia hanya merisaukan diriku dan memerlukan aku sebagai seorang anak. Dan mungkin juga salahku sendiri yang tidak mampu menjaga dan mengambil hatinya serta membuatnya faham akan semua yang kulakukan ini ada matlamatnya. “Maafkan orang ma...”itu yang mampu aku ungkapkan.


Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dikurniakan ibu seperti beliau sebab banyak membantuku dalam melakukan kerja-kerja Islam. Biarpun jauh di sudut hati seorang ibu sukar untuk melepaskan anaknya di saat-saat dia memerlukannya. Aku cuma mampu berdoa supaya ibuku memaafkanku semula dan semoga Allah membuka hatinya dalam memahami tanggungjawabku. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dalam membantu agamaNYA..Amin


~ Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

Thursday, April 16, 2009

Seorang daie...

Nak kongsi sesuatu buat daie-daie yang sedang berjuang...Mungkin pernah didengari sebelum ini,cuma sekadar perkongsian dan peringatan buat diriku

~Seorang ibu pernah mengatakan :

" aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku,setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka rasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranu melihat kebahagiaan rumahtanggaku aku ingin mereka merasakan keindahan Islam..

Itulah yang imgin kita bentuk dalam diri kita. Kalau boleh, kita nak setiap perbuatan kita menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran,hubungan dengan keluarga,dan sahabat adalah dakwah. Semoga kita dapat merealisasikannya..

Nak berkongsi satu kisah lagi, tentang As-syahid Imam Hasan Al-banna

As-syahid Imam Hasan Al-banna dakwahnya menyinari hati umat manusia pada saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tertinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan saat itu, kenalkah kamu dengan As-syahid Imam Hasan Al-banna,pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah.

Lihat bukan? Betapa dihormati dan disanjungi pejuang Islam ini atas dasar kerja-kerja dakwah yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Memang diakui, untuk berjaya dalam sesutu bidang dan pelajaran kita kena berusaha. Itu sunnatullah. Tapi kemenanggan Islam takkan tertegak dengan kata-kata,dengan mimpi sahaja. Untuk pastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Ana ada terbaca satu kisah ni. Tulisannya benar-benar terkesan dihati. Kisa ini menceritakan tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus sejak kecil. Kisah ini benar, dan dinamakan wanita ini sebagai A.

A perlukan tongkat untuk berjalan. A tak berapa cantik,tak slim dan tak tinggi seperti wanita-wanita lain yang cantik-cantik. Cuma satu sahaja kelebihan A,dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan SUBHANALLAH.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan SUBHANALLAH...
Bila A masuk universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH...
Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi orang mengucapkan SUBHANALLAh...
Dan sekali lagi orang mengucapkan SUBHANALLAh bila a mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman...
Orang ramai juga tertanya-tanya,apakah yang mkampu diberi oleh A kepada suaminya?
Takdir telah menentukan sebaiknya , Allah telah kurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna.sekali lagi orang mengucapkan SUBHANALLAH...
Dengan kecacatannya A mampu membuat orang memperingati Allah...
Sejarah menunjukkan kita, rupa paras bukan persoalan utama.

ingat lagi cerita tentang Abdullah b. Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Ktanya buta menyebabkan dia tak takut kerana dia tak dapat lihat jumlah bilangan tentera musuh. Akhirnya dia syahid. mayaynya tak dapat dicam sebab banyak sangat luka parah yang dialaminya.
Kita lihat juga As-syahid Sheikh Ahmad Yasin, dia cacat...Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang dilakukan? HAMAS berdiri dengan izzah...Musuh menggeruninya.

Semoga kisah-kisah ini banyak memberi kita kesedaran dan membakar semangat kita untuk menyambung perjuangan Islam...Moga-moga Alllah tetapkan hati-hati kita dijalan ini dan kita bukan sekadar cakap dan bersemangat,tetapi apa yang penting kita laksanakannya demi mencapai keredhaannya...Amin.




~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~