Tuesday, October 13, 2009

Lembaran Hidup Wanita Solehah



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukaruntuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...





Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itula wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solahah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...


Doaku padaMu Ya Allah,tunjukilah jalan ke arah redhaMu dan SyurgaMu...


~Sabiluna jihad, Innallaha ma'ana~

Macam-macam cerita

Lagi beberapa hari je aku nak mulakan semester yang baru yang merupakan jugak semester last aku di UIA PJ. Banyak sangat rasanya perkara yang belum disetelkan. Belum sempat satu-satu perkara selesai,datang pulak satu perkara lagi. Penat rasanya nak kena berfikir ni...Macam nak gugur semua rambut bila memikirkan tentang satu-satu perkara ni.Pernah jugak terfikir kenapa aku yang diletakkan di 'tempat' yang sebegini?Layakkah aku?Dari segi teorinya memang dapat menerima semua ni,tapi dari segi logiknya aku kadang-kadang macam tak dapat nak terima semua ni. Tapi,takpe Allah knows the best... Tak nak mempersoalkan benda-benda ni sebenarnye. Tapi bila dalam keadaan dan situasi sebegini yang membuatkan aku terfikir lagi.




Macamana,bagaimana and how?dari dulu lagi aku mencari-cari apakah strategi dan cara yang sesuai bagi aku untuk menguruskan masa yang sangat tak terurus? Bila kita dah rancang macam ni,macam tu plak yang jadi...pening-pening...Betullah apa yang Allah kata, 'wamakaru wamakarallah wallahu khoirulmakiriin..' Tapi, macamana sekalipun aku kena terus mencari cara yang terbaik untuk aku atur strategi aku untuk sem depan yang mana memang cukup mencabar fizikal and mental.Kena selalu kuat semamngat. Tak boleh sakit-sakit ni...

Nak rancang macammana nak bahagi masa utk akademik dan utk ........ Dari segi pentarbiyahan diri kene lbh syadid tentang ni. Dari segi adk2,kwn-kwn org yang dekat ngan aku...semua kena ade perancangan yang baik. Senang cter kena ade azam yang barulah naik sem ni.

Ha,buat-buat lupe plak aku ni,21 hb ni ade muet,tak taw lah setakat mane persediaan aku.Never mind,I'll try my best nti...Skg ni duk umah,mmg jadi suri rumah sementara la.Taklifat nak habiskan 2 buku ni pun tak terhabis-habis lagi...

Bila teringat pasal adik beradik assof aku ni,rasa sedih sgt2...Banyak ujian yang diberikan pada mereka yang terpilih. Aku tahu yang kalau kte diberikan satu2 ujian tu tanda Allah sygkan kite,tapi aku rasa nak je berkongsi ujian tu bersama mereka...namun begitu,aku dan shbt2 lain akan cuba membantumu wahai sahabatku...





Kalau adik beradik kt xkmm plak kadang-kadang x kering gusi aku dibuatnye...seronok melihat ukhuwah kami keranaMu Ya Allah...macam-macam ragam di perlihatkan...Tak lama lg ade ijtima' raya,harap dapatlah bersama-sama mereka nti...

Kalau adk beradik uia xnk cter pape kt cni...biarlah semuanya di hati...

da macam-macam cter keluar...rse cam nk stop dl...sekadar nak berkongsi je ni.Maaflah sbb mcm agak merepek sket...


~Sabiluna jihad, Innallaha ma'ana~

Tokoh Ilmuan Haraki Yang Bersifat Murabbi

Tokoh ilmuan haraki yang baru diselami kisahnya menjadikan hati terasa ingin menjejaki langkah-langkah perjuangannnya.Dr. Abdullah Nasih Ulwan nama yang seringkali kita dengarkan kerana ketokohan beliau dalam mengabdikan seluruh hidupnya untuk kerja-kerja Islam tanpa menghiraukan bahaya yang menanti.Ingin dikongsikan di sini serba sedikit riwayat hidup dan kisah perjuangan beliau yang dipetik dari buku 'Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden'. Sama-samalah kita ambil iktibar...


Tokoh kelahiran Syria ini bukan sahaja mampu mengajar orang ramai untuk mengenali serta menghayati Islam dengan baik,malah mendidik manusia dengan melentur dan mencairkan mereka untuk menjadi Muslim yang sebenar di sisi Allah s.w.t.




"Ketika kaum Muslimin termasuk para ulama dan daie yang menyeru keesaan Allah terlepas dari kecenderungan kecintaan terhadap dunia dan berlebih-lebihan dalam bersenang-senang dalam kelazatan dan kesenangan, mereka pun menjadi pembimbing manusia, memperbaiki masyarakat dan berusaha menegakkan hukum Allah di muka bumi sebagai cita-cita yang paling besar"

(Dr. Abdullah Nasih Ulwan)



Riwayat Hidup dan Pendidikan


Dr. Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan di Hay Qadi Askar di bandar Halb pada 1928M/1346H dalam sebuah keluarga yang amat kuat berpegang kepada ajarn agama Islam. Beliau mendapat pendidikan awal di tangan ayahandanya yang merupakan insan yang soleh, iaitu Syeikh Sa'id Ulwan,yang mana menjadi tempat rujukan orang-orang sekitar bandar Halb,bangi mendapatkan rawatan penyakit secara perubatan Islam dengan menggunakan segala sumber alam semula jadi.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat rendah dan menengah di daerah al-Khosuriah pada 1943.Dr. Abdullah sangat terkesan dengan cara penyampaian gurunya iaitu Sheikh Roghib at-Tobbakh yang begitu mengambil berat akan kesediaan beliau yang menampakkan kesungguhan untuk menimba ilmu. pada tahun 1949, setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah,ayahandanya menggalakkan Dr. Abdullah menyambung pelajarannya di Fakulti Syariah di Universiti Al-Azhar,Mesir,namun begitu beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang Usuluddin dan selepas itu beliau menyambung peringkat sarjana dan pada tahun 1952,beliau berjaya memperoleh ijazah.


Penglibatan Dalam Gerakan Pelajar dan Ikhwan Muslimin


Dr. Abdullah aktif denagn kegiatan pelajar ketika di universiti.Seringkali beliau dan rakan-rakan mengundang para penceramah khususnya dalam kalangan pendakwah yang menyertai Gerakan Ikhwan Muslimin untuk memberi tarbiyah rohani,pemikiran dan persediaan untuk menjadi petugas-petugas Islam. Gerakan pentarbiyahan ini telah melahirkan generasi terpelajar yang mengimpikan penegakan Syariah Islam secara syumul dan kelompok ini semakin membesar jumlahnya serta diintai teliti oleh pihak berkuasa Mesir.

Pada tahun 1954,bermulalah siri penangkapan terhadap seteru-seteru Presiden Abdel Naseer yang berkuasa waktu itu,disebabkan takut diapa-apakan oleh pihak lain dan berasa terancam. Seteru yang dimaksudkan adalah Ikhwan Muslimin dan penangkapan itu termasuklah Dr. Abdullah yang masih belajar peringkat doktor falsafah ketika itu. Golongan muda ini telah diseret beramai-ramai ke penjara untuk membandung pengaruh Ikhwan Muslimin yang semakin berkembang dan dirasakan sebagai pesaing oleh pihak pemerintah.

Dr. Abbullah tidak sempat menyelesaikan tesisnya termasuklah pengajian peringkat Ph.D kerana telah dihantar pulang ke negara asalnya oleh kerajaan Mesir. Namun begitu,beliau sempat menghabiskannya di Universiti as-Sind,Pakistan dengan tajuk tesis Fiqh Dakwah dan Pendakwah Pada 80-an
Ketika di Mesir,beliau berkesempatan menyertai Gerakan Ikhwan Muslimin yang banyak mengajar menjadi insan yang berani untuk menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim dan di situlah juga beliau belajar cara mengurus dan mengendalikan tanzim Jamaah Islam yang dijadikan bekalan dan pengalaman berguna untuk meneruskannya si Syria.


Kerjaya Sebagai Pendidik dan Pendakwah


Setelah dihantar pulang,beliau berkhidmat sebagai guru bagi subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah di Halb pada 1954,kerana ketika itu pengajian seperti Syariah dan usuluddin belum diwujudkan.Masyarakat Syria pada waktu itu di peringkat lapisannya,berpegang pada fahaman Atheisme ataupun kebangsaan yang amat kuat sekali,dari satu sudut agak sukar untuk ditangani,namun pengalaman yang diperoleh semasa di Mesir bersama rakan-rakan dan Ikhwan Muslimin,beliau berjaya melentur dan mencairkan pemikiran dan fahaman yang songsang kepada pemikiran yang Islam yang tulen.

Pendekatan yang digunakandalam menyampaikan subjek 'Tarbiyah Islam' amat berkesan pada jiwa anak-anak muda di Syria. Ekoran dari itu,beliau terfikir untuk menghasilkan sebuah rujukan mengenai pendidikan Islam iaitu 'Tarbiyatul Aulad Fi al-Islam' yang telahpun di terjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu.

Abdullah Nasih Ulwan menghasilkan monumental ini bagi mengisi perpustakaan Islam dengan tulisan-tulisan yang berkaitan sengan pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang sangat jarang dibahaskan dengan terperinci sedangkan Islam telah menggariskan dengan lengkap tentang pembinaan anak-anak mengikut acuan yang sempurna.

Sesungguhnya seluruh hidup Dr. Abdullah dihabiskan untuk mendaulatkan Islam, sama ada dengan mengajar, mendidik golongan remaja, menulis karya-karya agung,memberi ceramah motivasi malah menurut rakan-rakannya beliau tidak pernah menghampakan masyarakat untuk berdakwah kerana bidang ini telah dijadikan sebahagian daripada darah dagingnya.


Pemergiannya bertemu Yang esa


Kuasa Allah menetukan segala-galanya pada 5 Muharram 1408 bersamaan 29 Ogos 1987, Dr. Abdullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Raja Abdul Aziz setelah mengalami sakit kronik dalam darh selama 3 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Masjid al-Haram yang disertai ratusan ulama',pendakwah,rakan-rakan dan golongan remaja.

~Sabiluna jihad,Innallaha ma'ana~

Monday, October 12, 2009

Singgah jap...

Hurm...lame betul tak singgah lamanku ni.Siap ade orang bising dah sebab lame tak update blog ni. Tapi jangan risau ye,kalau ade kesemptan ter'update'lah blog ni,tp kalu tak,tunggu jelah masenye...Banyak bende nak dikongsikan sebenarnye,tapi tak dapat nak luahakn semuanya kat sini disebabkan beberapa faktor.But never mind,just wait for the next post yup!see ya!


~Sabiluna jihad, Innallahaha ma'ana~

Saturday, June 13, 2009

Doaku buatmu ibu...

Program selama 3 hari 2 malam yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah (tidak dinyatakan di sini..rahsia) dengan kerjasama Al-Faliheen Management bukan sahaja memberi kesan pada adik-adik yang menjadi peserta malah juga kepada para fasilitator@urusetia program tersebut termasuklah aku sendiri. Banyak benda yang ingin aku kongsikan di sini yang mana banyak mengajar aku erti pengorbanan,kasih sayang,kesabaran dan juga kekuatan dari segi fizikal dan mental. Walaupun aku datang lewat setengah hari untuk program kali ini,namun aku merasakan itu sudah mencukupi bagi melaluinya dengan rasa puas hati walaupun pada hakikatnya adat berprogram memang tak ada yang perfect,mesti ada kekurangannya. Dan jauh di sudut hati kecilku berdoa pada Illahi supaya memudahkan segala urusan kami dalam mentarbiyah adik-adik dan yang paling penting adik-adik peserta dapat mengambil intipati-intipati ilmu yang telah disampaikan melalui program tersebut serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Kepada adik-adik semua akak akan sentiasa doakan yang TERBAIK buat adik. Semoga ukhuwah kita akan berkekalan ila akhirilhayah ye dik!

Ukhuwah dan Kasih Sayang

Sebenarnya bila mana aku melalui waktu-waktuku di sana terasa akan keindahan erti persahabatan yang terbina atas kalimah LA ILAHA ILLALLAH..Seramai 5 orang uda,jibah,jihah,ateh termasuk aku yang menjadi fasilitator mat untuk program kali ini. Untuk fasilitator min pula ada 3 orang yang tetap,din,shahril dan hanif. Lupa pulak,safwan adik junior kiteorang pun ada jugak menawarkan pertolongan sekali..rajin betullah dia tu. Bagus,bagus..TERBAIK setakat ni! Macam-macam yang kami lalui bersama dan dalam waktu-waktu yang sibuk di sana sempat lagi kami melakarkan kenangan manis sebagai tanda ukhuwah yang utuh.Uda,merangkap Ketua Komander Mat, yang tak sudah-sudah dengan lawaknya dan gelagatnya yang sempoi menarik hati adik-adik untuk mudah mendekatinya. Kami yang dah bertahun-tahun dengan dia lagilah,penat melayan telatah uda ni. Tambah-tambah tengok gelagat dia yang selalu bertegang urat dengan Ketua Komander Min kiteorang yang sangat disukai adik-adik peserta walaupun pada luarannya sangat la garang...hehe(gurau je). Tengok ateh pulak lagilah,tak pernah-pernah aku tegok gadis manja sorang ni naik angin sepanjang hidup aku,tiba-tiba time program ni...MasyaAllah,garangnye cik adik yang sorang ni. Ni baru aku yang tak kene yang cerita,adik-adik yang kene marah tu? Tak tahu nak cakap ape dah...no komen la ye. Time program tu jela,kalau dengan aku,manja la sangat. Dia garang-garang pun bersebab,yelah takkan semua fasi nak berlembut je,perlu jugak ada yang tegas. Dan fasi yang lain kene ambil peranan untuk counter balik bagi coolkan keadaan. Itulah keje aku sebab aku tak boleh nak harap sangat bab-bab nak marah ni..ateh dengan uda lah yang take over the job. Ape-ape pun,memang TERBAIK!..Masuk pulak si kembar ni...jibah & jihah merangkap kembar aku jugak..adik-adik ni katalah. Masa 1st time aku masuk ldk adik-adik ni,rasa geli hati sangat-sangat bila adik-adik ni kata aku kembar diorang. Rupa samalah konon. Masalahnya,adik-adik ini bukan yang pertama cakap macam ni,sebelum-sebelum ni pun dah ramai orang kata macam tu termasuklah adik-beradik si kembar tu sekali..Entahlah aku pun tak tahu tang mana yang sama sangat,tapi memang diakui kami 3 orang rapat sangat sampai boleh katekan family dia tu macam family aku jugaklah..Yang tak boleh tahan tu,telatah nakal diorang yang suka menyakat adik-adik dengan rupa mereka yang sama sangatlah mencuit hati,bukan setakat kami je,sekali dengan ustaz-ustaz sekali. Kesian adik-adik ni,confius je bila disuruh meneka mana satu najibah mana satu najihah..hmm,tu lah kalau ikutkan banyak lagi yang nak diceritakan untuk menggambarkan manisnya berukhuwah kerana Ya Rabb. Bukan setakat kegembiraan yang kami kongsikan bersama malahan segala masalah kami dikongsi bagi meringankan bebanan dan mencari jalan penyelesaian bersama.

Pengorbanan dan Kesabaran

“Ya Allah,aku memohon padaMu Ya Rabb,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu yang hambaMu lakukan, masukkanlah ibuku ke dalam syurgaMu Ya Allah,kerna sesungguhnya dia telah memberi keizinan kepadaku untuk membantu agamaMu walaupun jauh di sudut hatinya rasa keberatan untuk melepaskanku...amin Ya Rabbal’alamin..”



Berat rasa hati apabila disuruh untuk memilih antara keluarga dan membuat kerja-kerja Islam. Beberapa hari sebelum aku pergi ke program tersebut,aku mendapat tahu bahawa ibuku ingin pulang ke kampong dan mengajakku menemaninya. Atas sebab itu aku terpaksa akur dan menyebabkan aku tidak dapat datang awal ke program tersebut. Aku agak terkilan sebab tidak dapat datang awal tapi apakan dayaku,aku terpaksa menjaga hati ibuku. Akan tetapi semasa dalam perjalanan pulang dari kampong,aku sekali lagi memberitahu akan hajatku untuk menjadi fasi di suatu program. Ketika itu,aku dapat merasakan bahawa ibuku seakan-akan mencari alasan supaya aku membatalkan niat untuk ke program itu. Berbagai-bagai alasan yang diberikan,termasuklah mengatakan yang aku lebihkan program dan kawan-kawan daripada family sendiri,aku mementingkan diri sendiri,tidak reti nak gunakan masa yang ada bersama keluarga. Aku begitu terpukul apabila ibuku menganggap diriku sebegitu. Bukan niatku untuk melebihkan semua itu akan tetapi aku mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Aku tak pernah salahkan ibuku kerana mungkin dia tak mengerti akan semua yang kulakukan. Dia hanya merisaukan diriku dan memerlukan aku sebagai seorang anak. Dan mungkin juga salahku sendiri yang tidak mampu menjaga dan mengambil hatinya serta membuatnya faham akan semua yang kulakukan ini ada matlamatnya. “Maafkan orang ma...”itu yang mampu aku ungkapkan.


Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dikurniakan ibu seperti beliau sebab banyak membantuku dalam melakukan kerja-kerja Islam. Biarpun jauh di sudut hati seorang ibu sukar untuk melepaskan anaknya di saat-saat dia memerlukannya. Aku cuma mampu berdoa supaya ibuku memaafkanku semula dan semoga Allah membuka hatinya dalam memahami tanggungjawabku. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dalam membantu agamaNYA..Amin


~ Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

Thursday, April 16, 2009

Seorang daie...

Nak kongsi sesuatu buat daie-daie yang sedang berjuang...Mungkin pernah didengari sebelum ini,cuma sekadar perkongsian dan peringatan buat diriku

~Seorang ibu pernah mengatakan :

" aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku,setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka rasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranu melihat kebahagiaan rumahtanggaku aku ingin mereka merasakan keindahan Islam..

Itulah yang imgin kita bentuk dalam diri kita. Kalau boleh, kita nak setiap perbuatan kita menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran,hubungan dengan keluarga,dan sahabat adalah dakwah. Semoga kita dapat merealisasikannya..

Nak berkongsi satu kisah lagi, tentang As-syahid Imam Hasan Al-banna

As-syahid Imam Hasan Al-banna dakwahnya menyinari hati umat manusia pada saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tertinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan saat itu, kenalkah kamu dengan As-syahid Imam Hasan Al-banna,pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah.

Lihat bukan? Betapa dihormati dan disanjungi pejuang Islam ini atas dasar kerja-kerja dakwah yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Memang diakui, untuk berjaya dalam sesutu bidang dan pelajaran kita kena berusaha. Itu sunnatullah. Tapi kemenanggan Islam takkan tertegak dengan kata-kata,dengan mimpi sahaja. Untuk pastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Ana ada terbaca satu kisah ni. Tulisannya benar-benar terkesan dihati. Kisa ini menceritakan tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus sejak kecil. Kisah ini benar, dan dinamakan wanita ini sebagai A.

A perlukan tongkat untuk berjalan. A tak berapa cantik,tak slim dan tak tinggi seperti wanita-wanita lain yang cantik-cantik. Cuma satu sahaja kelebihan A,dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan SUBHANALLAH.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan SUBHANALLAH...
Bila A masuk universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH...
Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi orang mengucapkan SUBHANALLAh...
Dan sekali lagi orang mengucapkan SUBHANALLAh bila a mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman...
Orang ramai juga tertanya-tanya,apakah yang mkampu diberi oleh A kepada suaminya?
Takdir telah menentukan sebaiknya , Allah telah kurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna.sekali lagi orang mengucapkan SUBHANALLAH...
Dengan kecacatannya A mampu membuat orang memperingati Allah...
Sejarah menunjukkan kita, rupa paras bukan persoalan utama.

ingat lagi cerita tentang Abdullah b. Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Ktanya buta menyebabkan dia tak takut kerana dia tak dapat lihat jumlah bilangan tentera musuh. Akhirnya dia syahid. mayaynya tak dapat dicam sebab banyak sangat luka parah yang dialaminya.
Kita lihat juga As-syahid Sheikh Ahmad Yasin, dia cacat...Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang dilakukan? HAMAS berdiri dengan izzah...Musuh menggeruninya.

Semoga kisah-kisah ini banyak memberi kita kesedaran dan membakar semangat kita untuk menyambung perjuangan Islam...Moga-moga Alllah tetapkan hati-hati kita dijalan ini dan kita bukan sekadar cakap dan bersemangat,tetapi apa yang penting kita laksanakannya demi mencapai keredhaannya...Amin.




~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~



Monday, April 13, 2009

Cepatnye masa berlalu...

Lamanya tak menitipkan nukilanku dalam blog ni...Rindu pulak rasanya. Kalau ikutkan banyak kali je aku singgah, cuma tak sempat je nak tulis@ kongsi sesuatu dengan blog ni. dan yang penting sedar tak sedar dah masuk tengah bulan april dah..cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Dan alhamdulillah,setakat ni masa yang telahku habiskan tidaklah dibiarkan berlalu begitu saja. Banyak benda yang dapat diselesaikan cuma taklifat je yang tak habis-habis. Yela, aku ni kalau bab-bab baca buku ni memang slow sikit..buku aje la,kalo baca blog aku suke je.Tapi macamana pun kene jugak habiskan jugak sebab kalau betul-betul nakkan thaqafah lebih kenelah banyak membaca. Kadang-kadang benda-benda macam ni memang nak kene paksa diri,tak boleh nak ikutkan nafsu nak baca benda yang best-best je.

Beberapa hari yang lepas banyak dihabiskan dengan sahabat-sahabatku yang tersayang. Ukhuwah yang terbina atas dasar ikatan aqidah yang sama membuatkan kami semakin rapat ibarat adik-beradik kandung. Banyak yang kami lalui selama 2 minggu yang mana kami habiskan bersama dari pagi sampai malam untuk menyiapkan 'projek' kami. Akan tetapi,dalam melakukan sesuatu demi 'sesuatu' yang kita cintai sememangnya juga memerlukan pengorbanan yang besar..keluarga, wang ringgit masa serta segala-galanya. Bagiku,selagi mana aku harus berkorban untuk 'sesuatu' itu,aku sangat bersedia untuk itu.Tanpa persoalan.Tanpa ragu-ragu.Tanpa sebarang rungutan. Kerna aku yakin, DIA ada untukku.

Beberapa hari yang lepas ini juga banyak mengajar aku,mendidik hati,menyedarkan akal, akan 'sesuatu ' yang perlu dicapai. Kerna, di saat aku terlupa ada yang mengingatkan, di saat aku terleka dan lalai ada yang menegur tanda sayangnya padaku, di saat ku terlena ada yang menyedarkan, di saat ku mahu tersungkur ada yang menghulurkan tangan memberi bantuan...Bila difikir-fikirkan semula , aku ini boleh dikategorikan sebagai orang yang sangat beruntung dan bertuah diberi nikmat dan ujian dariNYA. Hendak diucapkan rasa syukur di sini memang langsung tidak memadai,namun jauh di sudut hati akan ku tunjukkan rasa syukurku dengan melakukan segala perintahMU,menjauhi segala laranganMU,menggunakan nikmatMu dengan sebaiknya demi mendapatkan sesuatu dariMU...

Kini, setelah ku bersama-sama sahabat yang lain memerah otak serta mencetus idea masing-masing, 'projek' yang kami rencanakan sudah hampir siap. Dan sesungguhnya apa yang diharapkan selepas ini adalah pelaksanaan akan berjalan dengan lancar. Benar, kami hanya merancang segala-galanya dan DIA yang menentukan . namun jauh di sudut hati kecil kami meletakkan sepenuhnya penggantungan kami padaMu agar mudah untuk kami memulakan dan mengakhirkannya dengan baik. Dan yang paling penting dapatlah segala yang dirancangkan dapat memberi impak dan kesan yang sangat besar pada kami dan seluruhnya..sesungguhnya setiap apa yang kami lakukan tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk mendapatkan 'sesuatu' itu.

Semoga kami diberikan kekuatan untuk menghadapi satiap sesuatu yang Kau berikan pada kami bagi memastikan tahap keimanan kami padaMU. Jangan sesekali Kau jauhkan kami dari jalanMu,malah Kau dekatkanlah kami denganMu melalui apa yang kami lakukan ini..Amin..

Terima kasih Ya Allah,terima kasih ma+ayah,terima kasih sahabt-sahabat semua!


~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~


Thursday, March 26, 2009

Renungan buat diriku yang pelupa dan dhaif..

TARBIYAH dan DAKWAH


...Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

...Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

...Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

...Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

...Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.

...Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

...Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

...Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

...Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last
minute.

...Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

...Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

...Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.

...Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

...Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

...Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

...Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

...Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

...Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

...Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

...Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

...Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.

...Saya menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”Adakah ini petandanya saya terlalu manja?Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dari Nya”


'Wahai orang-orang yg beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan membantumu dan memperteguhkan kedudukanmu.' (Muhammad ; 7)


p/s- Artikel ni ingin ku kongsikan bersama-sama sahabat
seperjuanganku agar dapat sentiasa memperbaiki diri dan meningkatkan iman. Sama-sama kita muhasabah diri...





~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

Wednesday, March 25, 2009

Dikau satu dalam 1000....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam manajuga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahuke?Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang
saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kitajumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



Kisah di atas aku tujukan khas pada ALONG tersayang...


Kupohon padaMu Ya Allah, moga ukhuwah kami teguh buat selama-lamanya. Kerana dia sahabatku, kerana pada jalanMu kami bertemu.. Kerana hati kami bertaut ketika memadu kasih dan sayangMu. Ku pohon, lindungilah dia dengan maghfirahMu. Agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman, bukan pada nafsu..Agar jiwanya tak mudah dimamah bisikan syaitan..Agar tak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan..Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu Penciptanya hingga saat kami bertemu di sana...Amin Ya Rabbal'alaminnn...


Ikhlas daripada adikmu,

ALANG

~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

Sunday, March 22, 2009

Buat diriku,pengemis cintaMU

Rasulullah bersabda;
"Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hamba-Nya, DIA terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,& sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hamba-Nya,Dia tak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga Dia membalaskannya nanti pada hari kiamat" Riwayat Tabrani

Aku hanya mahu jadi orang yang baik,
Melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat..
Jika aku tak mampu..
Janganlah kiranya aku buat kejahatan..
Atau kejahatan dalam kebaikan..
Biarlah aku diam andai aku belum bersedia..
Kiniku lemah...Namun tak pula aku ingin lemah untuk
selama-lamanya..
Aku harap aku kan kuat..& ku mohon sangat2..
Biarku jadi kuat untuk buat kebaikan..
Dengan itu aku b'usaha..&
Engkau saja tempatku mengadu..
Kerana Kau teman yang setia Ya Allah..Redhailah aku..

Alangkah indahnya wahai Tuhan..
Andai tiap gerak tubuhku..adalah ketaatanku padaMu
Andai tiap lafaz kataku..adalah zikir memujiMu
Andai tiap detik hatiku..adalah tafakur buatMu
Lebih indah lagi wahai Tuhan..
Andai bisa kunikmati kasihMu
Andai tetap kudamba cintaMu
Andai terus kuhayati kalimahMu untuk ku isi lompang fuadku
Agar diriku dalam dakapan redhaMu
Pasti terlalu indah wahai Tuhan..
Andai Kau membalas cintaku....
dengan kebesaran kasihMu dengan kesucian sifatMu Wahai Tuhan...

Tentulah paling indah Jika cintaku mendapat perhatian dan Kau janjikan dengan pertemuan... di SYURGA IDAMAN!



p/s:Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia..



~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

Saturday, March 21, 2009

Selamat pulang ke pangkuan PENCIPTAMU...



“Nak bawak sekali ke kucing ney?”kataku sambil membetulkan
tudungku.


“Bawaklah, takkan nak tinggalkan die kat rumah?” kakakku memberikan cadangan.


Gembira sungguh kerana dapat bawak kucingku bersama. Hari ini aku dan kakakku perlu menggantikan tempat mamaku untuk mengajar di tempat tuisyen kat Rantau. So, pagi-pagi lagi kene bersiap sebab nak kene sampai kat sana pukul lapan. Barang-barang aku sume dah siap,tinggal nak siapkan barang-barang
keperluan kucing jer.Tengok die tadi tido nyenyak, tak bising macam selalu. Tapi bagos jugak, sebab bising-bising die pun, pagi-pagi tu die lah tukang kejut aku. Bertuah aku ada die. Aku tak jadi nak bagi die kat mak die hari tue sebab aku tak jumpe mak or adik-beradik die yang lain. So, aku buat keputusan nak jaga jer die.


Aku pun start engine kete sebaik sahaja barang-barang dimasukkan dalam kete. On the way mase drive tue, aku terpikir jugak,nape kucing tue tak bunyi-bunyi sedangkan dah lame dah perjalanan kiteorang,takkan die tak bangun-bangun lagi. Tak pelah mungkin die penat kot sebab semalam banyak main
and jalan jer...


“Cepat-cepat, dah lambat ni. Bawak sume barang tue naik.”
Kakakku memberi arahan.


“Kucing ni nak bawak sekali ker?” soalku sambil
mengeluarkan barang-barang yang lain.



“Bawak jela,takkan nak tinggalkan,nanti
mati pulak die kat dalam kete ni.”kata kakakku sambil memulakan langkahnya menuju ke arah anak tangga.



Sebaik sahaja sampai di atas, aku mencari tempat
untuk kami berkampung kejap. Tak sabar nak bangunkan kucingku ini. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di atas kerusi,....



“eh, nape banyak semut halus dekat kotak ni?Pelik, sebelum-sebelum ni tak pernah pun ada semut banyak cam ni...” hatiku terasa lain macam dan tak sedap je.Lantas , tanpa membuang
masa, aku terus bukak kotak tue dan mengejut kucingku beberapa kali...Alangkah terkejut dan paniknye aku bile die langsung tak bergerak. Yang lebih membimbangkan aku, di badannye terdapat beberapa ekor semut. Aku mengangkatnye
tapi die still tak bergerak. Badannye sejuk sangat dan hidungnya berdarah. Aahhhh,tidak mungkin!! Ya Allah, apa yang dah jadi padanya Ya allah...


Aku bagaikan tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku telah kehilangannya. Menjurai air mataku ke pipi bagaikan air sungai yang deras. Aku yang bersalah dan adakah aku dikategorikan sebagai pembunuh? Aku yang menyebabkan die tak dapat bernafas lagi. Aku yang menyebabkan die tak dapat melihat dunia ini lebih lama lagi. Aku yang membuatkan die terpisah daripada ibunya sendiri. Akulah penyebabnya die
kesejukkan dengan memandikan die. Akulah penyebabnya! Aku kejam!!“Kalo macam nilah fatin, setakat anak kucing pun tak boleh nak jaga, apatah lagi manusia? Mesti lagi tak boleh!” hati kecilku bersuara.



"Tak,tak.. aku tak sengaja. Aku sayang sangat kat die. Aku tak pernah terpikir sume ni akan terjadi. Aku dah try jaga die sebaik mungkin. Cume mungkin aku tak paham kalo die mengadu sakit ke, sejuk ke, lapar ke..tapi aku tak pernah miss bagi die minum susu..aku selalu perhatikan die setiap beberapa minit,cume malam tadi jer lepas die tido sampai pagi ni baru aku tengok die..Tapi..die..dah jumpe Allah dulu...




Sampai sekarang aku masih lagi tak dapat memaafkan diriku atas apa yang telah terjadi. Aku berasa sangat lemah saat ini. Lemah dan tidak berdaya kerana mengenangkan apa yang telah aku lakukan...Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya
aku hamba yang hina serta jahil. Kau Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Terasa diriku kini lemah tak berdaya.Nmun x pula aku ingin lemah utk slama-lamanya..Aku harap aku kan kuat..& ku mohon sangat2..Berilah aku
kekuatan dan pulihkan semangatku semula untuk mengharungi hari-hariku yang mendatang. Dan Ya Allah, Kau tempatkanlah kucing kesayanganku yang tidak berdosa ini di syurgaMu Ya Rabbi....






~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~


Ketentuan Illahi...aku redha


Masuk ni, dah 2 kali handphone aku berbunyi. Bukan berbunyi sebab orang telefon,tapi bunyi sms yang membuat hati aku berdebar-debar dan tak senang duduk dari tadi. Terasa macam nak tercabut jantung ney. Kusangkakan esok,rupanya hari ini.nasib baik tak semalam...(cam kenal jer ayat ni). Aku pun cubelah sibukkan diri ni buat macam-macam, masak, layan kucingku yang tersayang, tengok tv tapi aku stil tak boleh lupekan ayat yang tertera kat pesanan ringkas yang aku dapat tadi.



[ Results actually dah boleh check hari ini. Try bukak page ni.
http://my.iium.edu.my/portal/page/portal/myportal_matric_v2/tbAcad:tbExamination]
-sms yang diterima-



Penantian aku dah berakhir sebaik sahaja aku dapat sms ni. Lalu aku pun ambil keputusan nak tengok esok. Aku ingat aku boleh tenang dengan keputusan yang aku ambil tu,tapi aku silap. Lagi tak tenang ade lah. So, i’ve decided to check it out hari ini jugak. Yela, sampai bile aku nak lari dari kenyataan? Walau macamanapun result aku, aku kene terima dengan redha...Ya Allah, Kau berilah kekuatan padaku...Aku tak pernah berharap yang aku akan dapat result with flying colours, it’s just that aku harap tak ade yang perlu di repeat and yang seangkatan dengannya. Aku tau setakat mane aku usaha untuk exam yang lepas ney, so i deserve to get that result. Aku dah bukak website and lihat sendiri dan aku bersyukur sangat dengan segala yang telah ditentukan Illahi kepadaku. Memang tidak dinafikan ada sedikit perasaan kecewa yang terselit di hati kecilku ini disebabkan result aku tak mencapai target yang aku tetapkan pada awal semester dulu, tapi aku sedar setakat itu yang aku mampu lakukan dan setiap apa yang Allah tentukan untuk aku itulah yang terbaik.



“....Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.....” (Surah Ar-Ra'd : 11)


Tapi alhamdulillah, banyak aku pelajari untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan aku (tapi terlambat sikit nak tersedar tue..). Kegagalan hari ini tidak akan pernah mematikan semangat aku untuk bangkit dan terus bangkit mencapai kejayaan yang aku impikan. Tapi untuk mencapai semua tuh, jauh sekali kemampuanku untuk melakukan semuanya sendirian, lalu aku sangat membutuhkan pertolongan daripada Allah s.w.t, sokongan serta bantuan daripada keluarga, guru-guru, ‘adik-beradikku’ dan sahabat-sahabat yang lain. Merekalah sumber ASPIRASIKU.........

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."


Dan aku perlu lebih berusaha dengan gigih lagi kerana aku bukan seperti teman-teman biasaku. Jika mereka mempunyai masa yang banyak untuk study dan aku tidak mempunyai waktu yang sebanyak mereka, maka aku perlu pandai dan bijak mengatur masaku sebaik yang mungkin kerana banyak yang perlu selesaikan selain daripada belajar. Tanggungjawabku sebagai khalifah, anak, pelajar serta sahabat harus dijalankan
dengan ikhlas dan sebaik mungkin. Sehubungan dengan itu, aku perlu bijak berstrategi mengatur masa dan langkahku dalam setiap perbuatanku harus dipercepatkan lagi. Pengorbanan yang besar perlu dilakukan dan dan keyakinan terhadap Yang Esa jangan sesekali ditolak ke tepi. Jika orang lain ada masa
untuk bersuka-suka menghabiskan masa berhibur, aku tidak perlu berada di dalam kelompok tersebut kerana aku lebih memerlukan Islam. Aku WAJIB mengotakan janjiku pada Illahi untuk membantu agamanya yang suci, yakni ISLAM...



Whatever it is, there is one thing which is really important to me to make all this done. Yang mana aku perlu mulakan dengan diri aku sendiri, iaitu memperbaiki hubunganku dengan Allah s.w.t dan mendekatkan lagi diriku dengan-NYA. Kerna apa yang aku lakukan di dunia ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mencapai mardhotillah.


Maka dengan ini, bermulalah satu transformasi dalam diriku..InsyaAllah




~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

Wednesday, March 18, 2009

Malam yang sunyi...(yela tu..)

Phewit..sms! Bunyi pesanan ringkas handphoneku. Message sahabat-sahabat lah sekarang yang menjadi peneman di samping laptop yang sering menjadi peneman di kala aku keboringan. Nak bace buku xde mood pulak. Pagi tadi dah bace
skit pun okey lah tue. Taklifat pulak tak dapat nak habiskan sebab ade masalah skit..(^_^)

Hurm,boringnye pulak rase bile mama tercinta dan adik yang merepotkanku tak ade kat rumah ney. Takde orang nak sakat plus berborak malam-malam ney. Hanya nasyid yang sayup-sayup kedengaran di corong2 laptop ni..(btol ke penggunaan
ayat ney?pape je la..)

“Jangan rindu aku tau..aku tau mesti nanti kau rindu aku.. haha.” perli satu-satunya adikku a.k.a teman gaduhku yang setia..huhu.


“Takde maknenye aku nak rindu-rindu ni,pleaselah...” luahan palsuku tatkala
tidak mahu menjatuhkan ego yang sedia tinggi ni.(ni kadang-kadang jer).

I admit it. Memang agak terase bile die tak de tapi kalo die ade pun kadang2 tu wat mulut aku ni asyik nak marah jer..paham-paham lah ye..Tapi aku tak nak citer kelemahan die tue,biaselah tue semua orang lain pun ade. Tapi aku suke sangat bile time mood die baek giler. Kalo nak tau,kadang-kadang tersa macam aku ni adik, die yang kakak sebabnye die lagi matured dari aku..haha..bak kate aida,anak no.4 ni manje..huhu. Die banyak tolong aku bile aku memerlukannye tanpa merungut pun(kadang2 tue ade jugak tapi tak kisahlah),die yang banyak mengingatkan aku di kala aku terlupa dan terleka..Kira macam reminder jugak lah. And yang paling penting die banyak mengalah dengan kakaknye yang sorang ney dan banyak lagi la(tak bley nak sebut semua nanti ade pulak yang kembang bile baca ney... Yang kakaknye ney,bile nak berubah? Yela-yela, nak ke arah tue la ney...hikhik..


Pastu ni nak ngadu skit la ni,tak best la sebab kan adik aku and mama jer dapat pegi Miri,aku?huhu..sedih2..nak jugak jumpe ayah plus naik kapal terbang...Patotnye mama nak ajak aku and kakak aku sekali tapi my sis sorang ney tak nak pegi pulak..Mule-mule tu geram gak nape die taknak pergi,sebab tak pasal-pasal aku pulak yang kene tinggal sebab nak teman die..huh..tapi tu lah kan,Allah banyak bagi aku peluang untuk berpikir kenapa,kenapa dan kenapa?


Haa..ni ade lagi 1 citer aku nak bagitau pasal kakak aku ney. Bukan nak mengumpat or mengata tapi nak meluahkan ape yang tak terluah...Sambung balik pasal tadi. Aku tertanya-tanya kenape die taknak pergi. Dah tu die mule menyakat aku kate aku kene tinggal and tak bley pergi sebab nanti menyusahkan jer. Lagipun tambang mahal nak naik kapal terbang tuh. Panas gak aku dengar mule-mule tue..tapi sabar jela sebab die kan kakak. Hari berganti hari, waktu berganti waktu,barulah aku sedar kenape kakak aku tak bagi pergi pastu mintak aku teman die kat rumah ney.



Agak-agak kenape? Sebab kesedaran die lebih tinggi daripada aku yang jahil ney. Mungkin sebab die kakak..hehe. Tapi bukan nak kate ape la,aku ni memang lembab sket dalam bab-bab ni. Ape yang nak aku luahkan kat sini, kadang-kadang tue,aku jealous dengan kakak aku yang sorang ni. Walaupun kiteorang suke cari pasal sesame sendiri,tapi banyak bende yang aku nak contohi die especially as a daughter.. Even mama aku sendiri banyak kali cakap yang die ni anak yang baik. Itu memang aku tak nafikan sebab memang dah terbukti walaupun kadang-kadang die macam ego sket (ngan aku jer kot),tapi die sangat pemurah,kalo gi mane-mane ngan die senang jer nak beli pape and paling penting die seorang yang sangat rajin macam semut! Lagi 1, die bukan kakak jenis yang tunjuk contoh melalui lisan or percakapan pada adik-adik tapi die lebih pada perbuatan dan aku pernah admire die mase die kat uia dulu sampai sekarang. That’s one of the reason why I really want to enter CFS UIA. Sometimes, the way we think are different especially bab-bab.....but for me that is not a big problem because she had done her responsibility as the eldest sister very well. Keep it up sis!


Opps..lupe pulak,so the hikmah kenape aku tak boleh pergi salah satunye sebab aku kene tolong mama gantikan die buat tuisyen kat Rantau jumaat ni. So,nanti kene la drive sendiri ke sana sebab kakak aku yang sorang ney kurang keberanian sket nak bawak kete. Nak katanye kat sini, lagi sekali Allah bagi peluang pada aku untuk berbakti pada mamaku sebab tak tahu bile lagi dan adakah hayatku masih panjang untuk ku berbakti pada kedua ibu bapaku yang tersayang. Aku tak tahu adakah aku pernah berbakti kepada mereka sebelum ni? Maka inilah masanya..dan aku tidak pernah akan mempersia-siakan setiap peluang yang Allah sudah sediakan untukku..Terima kasih YA ALLAH...


Dan aku akan sabar menanti 3 hari ini berlalu dengan harapan mama serta adikku akan pulang dengan selamat ke sini..Dan akan aku iringi keberadaan mereka di sana serta kepulangan mereka kesini dengan doaku kepada-MU Ya Rabbi...


Pesananku buat sahabat-sahabat..Hargailah insan yang kite sayangi selagi mane mereka ada di depan mata kite dengan berbakti kepada mereka dan jangan pernah mensia-siakan setiap peluang yang hadir di depan kite.P/s-kadang-kadang kalo dah geram sangat tu nak gaduh tak pe tapi ade batasnye sebab dalam adik-beradik ni kerana pergaduhan tu adalah suatu yang normal dalam kehidupan ini..Renung-renubg dan fikir-fikirkannye...wallahu’alam.




~Sabiluna jihad, Innallahama’ana~

Dilema..Nak ke tak nak?


“Fatin dah letak dekat rumah sebelah tue ke belum? Sian die,mesti mak die cari die. Die pun mesti lapar.”Tanya mamaku sebaik saja melabuhkan punggung di sofa rumahku.


“Orang dah letak die kat sebelah tapi mak die tak nak ambil die.Sian die panas kalo letak lame2 kat sane.” kataku sambil mengusap-usap kepala si comel yang aku pun tak tau nak panggil ape.


Bingung kepale pikirkan pasal ni. Nak kate masalah negara or big problem tak lah sangat cume aku jer yang problem sikit. Yela, mane taknye,aku yang selamatkan die,potong tali pusat die,mandikan die(ngan syampoo gi..hehe),sediakan tmpt tido die,bagi die susu, alah senang cter aku mak ke2 die yang buat sume tu kat die. Bukan aku taknak serahkan or selfish,tapi rase kesian bile mak die tak nak ambil die and ignore je anak die. So aku bawak la blek kat umah aku. Dah tu mama and adik aku suke na sakat aku tak boleh nak pisah ngan ‘anak’ aku la, busy ngan ‘anak’ baru la and pape lagi la. Aku tak kisah sangat bab2 kene sakat tue, dah biase dah,tapi tu la,susah jugak bile ade perasaan kesian lebih2 ni dan bile kite dah sayang sesuatu tue,susah kite nak lepaskan. Kadang2 suke tengok telatah die bile berjalan. Geli hati pun ade. Mane taknye die baru bape hari dah blaja nak berjalan. Best sangat,aku suke tengok semangat yang ade pada die. Walaupun mase nak jalan tue die tak bley berdiri tegak and asyik jatuh je,tapi die tak pernah putus asa. Tak macam aku.. Ni lah salah 1 bende yang aku blaja daripada makhluk Allah yang bernama KUCING. Seronok sangat.

But,aku sedar yang aku tak bley nak pentingkan diri. Die ade mak, and the important thing is die perlukan ‘susu ibu’ (klakar pulak rase bile sebut perkataan ni..). So, nak tak nak aku kene pulangkan balik pada mak die. Same la macam manusia, kalo kite ambil anak die mesti die sedih sebab tue anak die and of course die sayangkan anak die. Maybe btol cakap kak nyna, salah aku jugak pergi gatal2 mandikan die ngan sabun mandi mestilah hilang bau die,that’s why mak die xkenal tue anak die and buat tak tau jer sebab die konfius tue anak die ke tak..haha..FATIN..FATIN...



Takpe2...mungkin kene take time untuk cam and kenal anak die..Lawak la pulak rasenye..Haa..tau tak? Ni aku nak cter skit pengalaman yang aku tak bley lupe sangat2 bile mule2 aku jumpe die kat luar sekali ngan tali2 pusat die tue,Ya Allah..aku macam nak pengsan and panic sebab tak tau nak buat ape. 1st sekali yang buat aku rase nak pengsan tue sebab aku ni fobia darah and tengok organ2 dalaman ney. Aku mintak tolong adik aku lagi lah,tak bley harap,die lagi takut ngan kucing. Aku pun wat la keputusan biorkan jer kat situ and tunggu sampai mama aku balik. Mase dalam rumah tue, tetibe aku terpikir cube kalo aku ade dalam situasi tue, sengsara tak aku? Pastu, ape significantnye Allah bagi aku yang jumpe sume tue? Tak ke sume yang Allah rencanakan tue ade something disebaliknye. Maybe Allah nak bagi peluang pada aku untuk tambah pahala..(gurau jer) but actually allah nak bagi aku berfikir dan juga ade kemungkinan Allah nak bagi aku peluang untuk hilangkan perasaan fobia aku yang agak teruk ni. Yela, kalo tak camner nak jadi nurse?Dari situ aku banyak berfikir dan berfikir dan terus berfikir...
Aku pun teruskan misi menyelamat aku. Aku potong tali pusat die,then bersihkan die sebersih-bersihnye. Menggigil-gigil die. Pastu bagi die minum susu. Sediakan tempat tido dan tidokan die. Mase nilah mama aku baru balik,then die cakap ape tau?..


“Memang sesuailah fatin ambil nursing ni.Tengok ape yang fatin buat ni pun dah cukup membuktikannye. Sikap penyayang fatin pun dah bertambah sejak masuk nursing ni..” celoteh mamaku yang tak putus-putus melihat gelagat aku ngan kucing tue. Mase tu tak tau lah nak kate hati ni berbunga-bunga ke marah ke tak sebab tak rase cam tue pun tapi rase bersyukur and puas sebab baru terbukti and terjawab persoalan aku selama ni. Nape aku ditakdirkan ambil jurusan ni yang pada mulenye aku tidak berapa berkenan dan minat dengannya. Yang pada mulenye juga aku sering tertanya2 knape perlu aku ambil jurusan ni? Sedangkan aku langsung tak minat bidang perubatan. Sampaikan sebelum ni aku penah tekad nak tukar jurusan sebab tak nak ambil bahagian perubatan@nursing ni. Memang kalo ikutkan p[ointer aku dah lepas tapi ade something yang buat aku tertangguh-tangguh nak tukar course ni..(Lame2 memang tak jadi tukar pun.) Tapi kini, aku dah ketemui jawapannya dan aku perlu buktikannye yang semua tu tak mustahil.NOTHING IS IMPOSSIBLE!!!And now my vision is jadi nurse yang bukan setakat nurse biase sekaligus sebagai da’ie bagi meneruskan misi dakwah secar istiqamah untuk mencapai matlamat yang sebenar.


Nak katenye kat sini, banyak yang aku pelajari dan suem tue buat aku banyak berpikir. So, lepas ni kalo ade pape yang berlaku dalam hidup kite ni sama ade kite suke atau tak,kite mintak atau tak,tapi Allah nak bagi jugak,cube cari ape hikmahnye di sebalik sume tue, tapi andaikata kite dah cari tapi tak jumpe jugak, jangan pakse diri untuk cari. Biarkan die. Kite kene yakin yang setiap yang Allah jadikan tue memang Allah dah buat yang terbaik untuk kite. Kite kene terima dengan redha dan ikhlas.. Sama-samalah kite renung-renungkan..Wallahu’alam.



~Sabiluna jihad, Innallahama’ana~

Tuesday, March 17, 2009

Bermulanya Episod Baru...



Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Assalammualaikum pembuka bicara...

First time nak menulis ni rase macam blurr and putus kata2 nak tulis ape. Kalo ikutkan before nak tulis tadi ni banyak jer yang nak dicerita and nak dikongsikan. Takpelah, nervous kot..cewah..huhu.Merepek jer. Whatever it is,the main reason
nape aku(mfla kalo pengganti name ni agak kasar) wujudkan blog ni pun is 1st skali, Allah s.w.t, then because of me and myself. Memang ade niat nak kongsi everything dalam ni ngan orang lain especially my sahabat2 but lebih cenderung untuk muhasabah diri yang selalu lupe and lalai ni sebab before this aku pena buat blog tapi aku sendiri tak tahu time tue nape aku buat blog tue. Dan mase tue tak tau ape kepentingan blog ni,ape aku nak kongsi ngan orang dan yang penting ape benefitnye pada aku sebab mase tue aku buat blog pun sebab ni adalah
1 task yang perlu dicompletekan.

But now,I realised. Ade kepentingannye yang tersendiri. Dan setiap individu ade pandangan masing2. Aku tak pernah nak
mengharapkan blog ni jadi popular macam blog-blog lain, misalnye Seni Kehidupan, Perindu Syahid, Perantau Hikmah dll..CONTOH...=),tapi ape yang penting aku sendiri dapat manfaat dari penulisan ni. Dan di samping tue, orang lain pun
boleh dapat manfaat yang same. Lebih kurang camni la, 'bersedia ditarbiyah untuk mentarbiyah' (tak taula paham ke tak..). Sesuai la dengan prinsip yang aku pegang, 'bile dapat suatu ilmu tue, jangan terus smpaikan kt orang, tapi
pahamkan dulu,bile da paham, baru la ley sampaikan kat orang'. Nak tau sebab ape? sebab,kalo kite dapat ilmu tue pastu terus je bagi kat orang,ape yang tinggal untuk kite?Nanti kite mesti akan lupe kalo kite tak pahamkan and hayati terlebih dahulu,btol tak? Btol3x...hehe






Lagipun,aku nak wat blog ni, maybe pengisiannye lebih pada
pengalaman sendiri la. Bukan nak 'bukak pekung di dada or masuk bakul angkat sendiri' tapi sebagai pengajaran supaya sejarah tidak berulang sekali lagi (ni bagi kes yang kurang baik) sebab FATIN ni suke ulang sejarah tue banyak kali plus mane yang baik bley la jadikan sebagai tauladan yup! Di samping tue jugak bley la nak mantapkan penulisan and yang paling penting aku nak wat anjakan paradigma dalam diri aku sendiri. Nak tau ape? Tunggu...=) Rasenye tue jela kot yang aku nak smpaikan buat mase skang ni. Nantikan penulisanku yang akan
datang ye!


Buat pembaca sekalian, SELAMAT MEMBACA!

Dan anda, FATIN HAKIMAH ZAMANI,
tingkatkan usaha anda dan gunekanlah peluang
ni sebaik-baiknya..
SELAMAT MENULIS!!!!



~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~