Wednesday, March 25, 2009

Dikau satu dalam 1000....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam manajuga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahuke?Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut jeye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang
saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kitajumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



Kisah di atas aku tujukan khas pada ALONG tersayang...


Kupohon padaMu Ya Allah, moga ukhuwah kami teguh buat selama-lamanya. Kerana dia sahabatku, kerana pada jalanMu kami bertemu.. Kerana hati kami bertaut ketika memadu kasih dan sayangMu. Ku pohon, lindungilah dia dengan maghfirahMu. Agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman, bukan pada nafsu..Agar jiwanya tak mudah dimamah bisikan syaitan..Agar tak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan..Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu Penciptanya hingga saat kami bertemu di sana...Amin Ya Rabbal'alaminnn...


Ikhlas daripada adikmu,

ALANG

~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

2 comments:

  1. salam'alaik ya hubbuki ukht ;)
    alang sayang, alfun syukran atas kisah istimewa yang didedikasikan untuk along...
    tak terasa air mata ni berjujuran, alang...
    takde kata lain yang along mampu katakan..
    hanya do'a yang tidak pernah putus dari along untuk adik2 along, semoga hati2 kita disatukan untuk mendapat wehdatul fikr dan semoga ukhuwah kita ni berkekalan hingga ke jannatul firdaus, insyaALLAH...
    akhirul kalam, hayatilah kata2 ni alang...
    'bila tuhan dikenali,yang sukar akan menjadi mudah'...
    ilalliqa' ya ukhti mahbubah...:)
    salam'alaik...

    ReplyDelete
  2. rindu semua orang ^_^

    ...along+angah+alang+ateh+uda+sue+wani+along jibah+along jihah+faezah+sarah....

    bila lagi dapat berkumpul kan??

    dear,kak sa'dah tukar num ke?dua2 num yang achik selalu call takde org pun..

    hmm,really miss our usrah

    ReplyDelete