Saturday, March 21, 2009

Ketentuan Illahi...aku redha


Masuk ni, dah 2 kali handphone aku berbunyi. Bukan berbunyi sebab orang telefon,tapi bunyi sms yang membuat hati aku berdebar-debar dan tak senang duduk dari tadi. Terasa macam nak tercabut jantung ney. Kusangkakan esok,rupanya hari ini.nasib baik tak semalam...(cam kenal jer ayat ni). Aku pun cubelah sibukkan diri ni buat macam-macam, masak, layan kucingku yang tersayang, tengok tv tapi aku stil tak boleh lupekan ayat yang tertera kat pesanan ringkas yang aku dapat tadi.



[ Results actually dah boleh check hari ini. Try bukak page ni.
http://my.iium.edu.my/portal/page/portal/myportal_matric_v2/tbAcad:tbExamination]
-sms yang diterima-



Penantian aku dah berakhir sebaik sahaja aku dapat sms ni. Lalu aku pun ambil keputusan nak tengok esok. Aku ingat aku boleh tenang dengan keputusan yang aku ambil tu,tapi aku silap. Lagi tak tenang ade lah. So, i’ve decided to check it out hari ini jugak. Yela, sampai bile aku nak lari dari kenyataan? Walau macamanapun result aku, aku kene terima dengan redha...Ya Allah, Kau berilah kekuatan padaku...Aku tak pernah berharap yang aku akan dapat result with flying colours, it’s just that aku harap tak ade yang perlu di repeat and yang seangkatan dengannya. Aku tau setakat mane aku usaha untuk exam yang lepas ney, so i deserve to get that result. Aku dah bukak website and lihat sendiri dan aku bersyukur sangat dengan segala yang telah ditentukan Illahi kepadaku. Memang tidak dinafikan ada sedikit perasaan kecewa yang terselit di hati kecilku ini disebabkan result aku tak mencapai target yang aku tetapkan pada awal semester dulu, tapi aku sedar setakat itu yang aku mampu lakukan dan setiap apa yang Allah tentukan untuk aku itulah yang terbaik.



“....Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.....” (Surah Ar-Ra'd : 11)


Tapi alhamdulillah, banyak aku pelajari untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan aku (tapi terlambat sikit nak tersedar tue..). Kegagalan hari ini tidak akan pernah mematikan semangat aku untuk bangkit dan terus bangkit mencapai kejayaan yang aku impikan. Tapi untuk mencapai semua tuh, jauh sekali kemampuanku untuk melakukan semuanya sendirian, lalu aku sangat membutuhkan pertolongan daripada Allah s.w.t, sokongan serta bantuan daripada keluarga, guru-guru, ‘adik-beradikku’ dan sahabat-sahabat yang lain. Merekalah sumber ASPIRASIKU.........

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."


Dan aku perlu lebih berusaha dengan gigih lagi kerana aku bukan seperti teman-teman biasaku. Jika mereka mempunyai masa yang banyak untuk study dan aku tidak mempunyai waktu yang sebanyak mereka, maka aku perlu pandai dan bijak mengatur masaku sebaik yang mungkin kerana banyak yang perlu selesaikan selain daripada belajar. Tanggungjawabku sebagai khalifah, anak, pelajar serta sahabat harus dijalankan
dengan ikhlas dan sebaik mungkin. Sehubungan dengan itu, aku perlu bijak berstrategi mengatur masa dan langkahku dalam setiap perbuatanku harus dipercepatkan lagi. Pengorbanan yang besar perlu dilakukan dan dan keyakinan terhadap Yang Esa jangan sesekali ditolak ke tepi. Jika orang lain ada masa
untuk bersuka-suka menghabiskan masa berhibur, aku tidak perlu berada di dalam kelompok tersebut kerana aku lebih memerlukan Islam. Aku WAJIB mengotakan janjiku pada Illahi untuk membantu agamanya yang suci, yakni ISLAM...



Whatever it is, there is one thing which is really important to me to make all this done. Yang mana aku perlu mulakan dengan diri aku sendiri, iaitu memperbaiki hubunganku dengan Allah s.w.t dan mendekatkan lagi diriku dengan-NYA. Kerna apa yang aku lakukan di dunia ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mencapai mardhotillah.


Maka dengan ini, bermulalah satu transformasi dalam diriku..InsyaAllah




~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~

1 comment:

  1. all the best alang!!

    "kita tak banyak masa seperti orang lain tapi,selalulah berdo'a moga kemampuan kita sama seperti mereka yang mempunyai banyak masa dari kita sebab kita berusaha membantuNya"

    Ustazah Syakirah selalu pesan ni waktu liqo' kat SHAMS dulu..

    do'a banyak2 ye!insha allah khoir...

    24 jam yang ada,mari manfaatkan bersama~

    ReplyDelete