Tuesday, October 13, 2009

Tokoh Ilmuan Haraki Yang Bersifat Murabbi

Tokoh ilmuan haraki yang baru diselami kisahnya menjadikan hati terasa ingin menjejaki langkah-langkah perjuangannnya.Dr. Abdullah Nasih Ulwan nama yang seringkali kita dengarkan kerana ketokohan beliau dalam mengabdikan seluruh hidupnya untuk kerja-kerja Islam tanpa menghiraukan bahaya yang menanti.Ingin dikongsikan di sini serba sedikit riwayat hidup dan kisah perjuangan beliau yang dipetik dari buku 'Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden'. Sama-samalah kita ambil iktibar...


Tokoh kelahiran Syria ini bukan sahaja mampu mengajar orang ramai untuk mengenali serta menghayati Islam dengan baik,malah mendidik manusia dengan melentur dan mencairkan mereka untuk menjadi Muslim yang sebenar di sisi Allah s.w.t.




"Ketika kaum Muslimin termasuk para ulama dan daie yang menyeru keesaan Allah terlepas dari kecenderungan kecintaan terhadap dunia dan berlebih-lebihan dalam bersenang-senang dalam kelazatan dan kesenangan, mereka pun menjadi pembimbing manusia, memperbaiki masyarakat dan berusaha menegakkan hukum Allah di muka bumi sebagai cita-cita yang paling besar"

(Dr. Abdullah Nasih Ulwan)



Riwayat Hidup dan Pendidikan


Dr. Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan di Hay Qadi Askar di bandar Halb pada 1928M/1346H dalam sebuah keluarga yang amat kuat berpegang kepada ajarn agama Islam. Beliau mendapat pendidikan awal di tangan ayahandanya yang merupakan insan yang soleh, iaitu Syeikh Sa'id Ulwan,yang mana menjadi tempat rujukan orang-orang sekitar bandar Halb,bangi mendapatkan rawatan penyakit secara perubatan Islam dengan menggunakan segala sumber alam semula jadi.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat rendah dan menengah di daerah al-Khosuriah pada 1943.Dr. Abdullah sangat terkesan dengan cara penyampaian gurunya iaitu Sheikh Roghib at-Tobbakh yang begitu mengambil berat akan kesediaan beliau yang menampakkan kesungguhan untuk menimba ilmu. pada tahun 1949, setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah,ayahandanya menggalakkan Dr. Abdullah menyambung pelajarannya di Fakulti Syariah di Universiti Al-Azhar,Mesir,namun begitu beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang Usuluddin dan selepas itu beliau menyambung peringkat sarjana dan pada tahun 1952,beliau berjaya memperoleh ijazah.


Penglibatan Dalam Gerakan Pelajar dan Ikhwan Muslimin


Dr. Abdullah aktif denagn kegiatan pelajar ketika di universiti.Seringkali beliau dan rakan-rakan mengundang para penceramah khususnya dalam kalangan pendakwah yang menyertai Gerakan Ikhwan Muslimin untuk memberi tarbiyah rohani,pemikiran dan persediaan untuk menjadi petugas-petugas Islam. Gerakan pentarbiyahan ini telah melahirkan generasi terpelajar yang mengimpikan penegakan Syariah Islam secara syumul dan kelompok ini semakin membesar jumlahnya serta diintai teliti oleh pihak berkuasa Mesir.

Pada tahun 1954,bermulalah siri penangkapan terhadap seteru-seteru Presiden Abdel Naseer yang berkuasa waktu itu,disebabkan takut diapa-apakan oleh pihak lain dan berasa terancam. Seteru yang dimaksudkan adalah Ikhwan Muslimin dan penangkapan itu termasuklah Dr. Abdullah yang masih belajar peringkat doktor falsafah ketika itu. Golongan muda ini telah diseret beramai-ramai ke penjara untuk membandung pengaruh Ikhwan Muslimin yang semakin berkembang dan dirasakan sebagai pesaing oleh pihak pemerintah.

Dr. Abbullah tidak sempat menyelesaikan tesisnya termasuklah pengajian peringkat Ph.D kerana telah dihantar pulang ke negara asalnya oleh kerajaan Mesir. Namun begitu,beliau sempat menghabiskannya di Universiti as-Sind,Pakistan dengan tajuk tesis Fiqh Dakwah dan Pendakwah Pada 80-an
Ketika di Mesir,beliau berkesempatan menyertai Gerakan Ikhwan Muslimin yang banyak mengajar menjadi insan yang berani untuk menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim dan di situlah juga beliau belajar cara mengurus dan mengendalikan tanzim Jamaah Islam yang dijadikan bekalan dan pengalaman berguna untuk meneruskannya si Syria.


Kerjaya Sebagai Pendidik dan Pendakwah


Setelah dihantar pulang,beliau berkhidmat sebagai guru bagi subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah di Halb pada 1954,kerana ketika itu pengajian seperti Syariah dan usuluddin belum diwujudkan.Masyarakat Syria pada waktu itu di peringkat lapisannya,berpegang pada fahaman Atheisme ataupun kebangsaan yang amat kuat sekali,dari satu sudut agak sukar untuk ditangani,namun pengalaman yang diperoleh semasa di Mesir bersama rakan-rakan dan Ikhwan Muslimin,beliau berjaya melentur dan mencairkan pemikiran dan fahaman yang songsang kepada pemikiran yang Islam yang tulen.

Pendekatan yang digunakandalam menyampaikan subjek 'Tarbiyah Islam' amat berkesan pada jiwa anak-anak muda di Syria. Ekoran dari itu,beliau terfikir untuk menghasilkan sebuah rujukan mengenai pendidikan Islam iaitu 'Tarbiyatul Aulad Fi al-Islam' yang telahpun di terjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu.

Abdullah Nasih Ulwan menghasilkan monumental ini bagi mengisi perpustakaan Islam dengan tulisan-tulisan yang berkaitan sengan pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang sangat jarang dibahaskan dengan terperinci sedangkan Islam telah menggariskan dengan lengkap tentang pembinaan anak-anak mengikut acuan yang sempurna.

Sesungguhnya seluruh hidup Dr. Abdullah dihabiskan untuk mendaulatkan Islam, sama ada dengan mengajar, mendidik golongan remaja, menulis karya-karya agung,memberi ceramah motivasi malah menurut rakan-rakannya beliau tidak pernah menghampakan masyarakat untuk berdakwah kerana bidang ini telah dijadikan sebahagian daripada darah dagingnya.


Pemergiannya bertemu Yang esa


Kuasa Allah menetukan segala-galanya pada 5 Muharram 1408 bersamaan 29 Ogos 1987, Dr. Abdullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Raja Abdul Aziz setelah mengalami sakit kronik dalam darh selama 3 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Masjid al-Haram yang disertai ratusan ulama',pendakwah,rakan-rakan dan golongan remaja.

~Sabiluna jihad,Innallaha ma'ana~

No comments:

Post a Comment