Saturday, March 21, 2009

Selamat pulang ke pangkuan PENCIPTAMU...



“Nak bawak sekali ke kucing ney?”kataku sambil membetulkan
tudungku.


“Bawaklah, takkan nak tinggalkan die kat rumah?” kakakku memberikan cadangan.


Gembira sungguh kerana dapat bawak kucingku bersama. Hari ini aku dan kakakku perlu menggantikan tempat mamaku untuk mengajar di tempat tuisyen kat Rantau. So, pagi-pagi lagi kene bersiap sebab nak kene sampai kat sana pukul lapan. Barang-barang aku sume dah siap,tinggal nak siapkan barang-barang
keperluan kucing jer.Tengok die tadi tido nyenyak, tak bising macam selalu. Tapi bagos jugak, sebab bising-bising die pun, pagi-pagi tu die lah tukang kejut aku. Bertuah aku ada die. Aku tak jadi nak bagi die kat mak die hari tue sebab aku tak jumpe mak or adik-beradik die yang lain. So, aku buat keputusan nak jaga jer die.


Aku pun start engine kete sebaik sahaja barang-barang dimasukkan dalam kete. On the way mase drive tue, aku terpikir jugak,nape kucing tue tak bunyi-bunyi sedangkan dah lame dah perjalanan kiteorang,takkan die tak bangun-bangun lagi. Tak pelah mungkin die penat kot sebab semalam banyak main
and jalan jer...


“Cepat-cepat, dah lambat ni. Bawak sume barang tue naik.”
Kakakku memberi arahan.


“Kucing ni nak bawak sekali ker?” soalku sambil
mengeluarkan barang-barang yang lain.



“Bawak jela,takkan nak tinggalkan,nanti
mati pulak die kat dalam kete ni.”kata kakakku sambil memulakan langkahnya menuju ke arah anak tangga.



Sebaik sahaja sampai di atas, aku mencari tempat
untuk kami berkampung kejap. Tak sabar nak bangunkan kucingku ini. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di atas kerusi,....



“eh, nape banyak semut halus dekat kotak ni?Pelik, sebelum-sebelum ni tak pernah pun ada semut banyak cam ni...” hatiku terasa lain macam dan tak sedap je.Lantas , tanpa membuang
masa, aku terus bukak kotak tue dan mengejut kucingku beberapa kali...Alangkah terkejut dan paniknye aku bile die langsung tak bergerak. Yang lebih membimbangkan aku, di badannye terdapat beberapa ekor semut. Aku mengangkatnye
tapi die still tak bergerak. Badannye sejuk sangat dan hidungnya berdarah. Aahhhh,tidak mungkin!! Ya Allah, apa yang dah jadi padanya Ya allah...


Aku bagaikan tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku telah kehilangannya. Menjurai air mataku ke pipi bagaikan air sungai yang deras. Aku yang bersalah dan adakah aku dikategorikan sebagai pembunuh? Aku yang menyebabkan die tak dapat bernafas lagi. Aku yang menyebabkan die tak dapat melihat dunia ini lebih lama lagi. Aku yang membuatkan die terpisah daripada ibunya sendiri. Akulah penyebabnya die
kesejukkan dengan memandikan die. Akulah penyebabnya! Aku kejam!!“Kalo macam nilah fatin, setakat anak kucing pun tak boleh nak jaga, apatah lagi manusia? Mesti lagi tak boleh!” hati kecilku bersuara.



"Tak,tak.. aku tak sengaja. Aku sayang sangat kat die. Aku tak pernah terpikir sume ni akan terjadi. Aku dah try jaga die sebaik mungkin. Cume mungkin aku tak paham kalo die mengadu sakit ke, sejuk ke, lapar ke..tapi aku tak pernah miss bagi die minum susu..aku selalu perhatikan die setiap beberapa minit,cume malam tadi jer lepas die tido sampai pagi ni baru aku tengok die..Tapi..die..dah jumpe Allah dulu...




Sampai sekarang aku masih lagi tak dapat memaafkan diriku atas apa yang telah terjadi. Aku berasa sangat lemah saat ini. Lemah dan tidak berdaya kerana mengenangkan apa yang telah aku lakukan...Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya
aku hamba yang hina serta jahil. Kau Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Terasa diriku kini lemah tak berdaya.Nmun x pula aku ingin lemah utk slama-lamanya..Aku harap aku kan kuat..& ku mohon sangat2..Berilah aku
kekuatan dan pulihkan semangatku semula untuk mengharungi hari-hariku yang mendatang. Dan Ya Allah, Kau tempatkanlah kucing kesayanganku yang tidak berdosa ini di syurgaMu Ya Rabbi....






~Sabiluna jihad, Innallahama'ana~


1 comment:

  1. i am sorry to hear that...eventough i am afraid of it,i do love cat as one of His creature..may Allah bless you dear ^_^

    ReplyDelete